Raja Petra Kantoi Memfitnah Amar Singh

Berita ni akan membuktikan Raja Petra blogger kaki fitnah?

Sedangkan Raja Petra adalah blogger yang cukup kontroversi dan boleh dikatakan menjadi talian hayat UMNO pada saat genting. Seperti contoh pada saat akhir Najib Razak dihakimi di mahkamah persekutuan, Raja Petra telah mendedahkan draf penghakiman ke atas Najib Razak, namun sehingga hari ini tidak ada pihak yang menjadi penyokong Najib atau UMNO mengesahkan kesahihan draf itu. Kiranya pendedahan palsu dan tidak mendatangkan apa apa kebaikan pada UMNO tu kan?

Hari ini tersebar berita dimana pihak polis telah berjaya menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan Raja Petra terhadap bekas pengarah jabatan Siasatan Jenayah komersial Bukit Aman Amar Singh.

Dimana Ketua polis Dang Wangi Dellhan Yahya sudah memanggil 29 individu untuk disoal siasat, selain siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di kawasan semasa serbuan dilakukan. Dan mencadangkan agar Raja Petra dituduh mengikut seksyen 500 Akta Fitnah.

Bulan lalu, Raja Petra dalam portalnya, Malaysia Today, mendakwa teman wanita Amar hadir ketika serbuan ke atas kediaman bekas perdana menteri Najib Razak pada Mei 2018 dan membawa pulang satu daripada beg yang dirampas polis.

Justeru itu Amar Singh dan dua lagi timbalan pengarah telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 12 Ogos.

Tetapi tidak mudah membawa Raja Petra balik ke Malaysia kerana negara England tidak akan ekstradisi mana-mana individu yang dituduh memfitnah, melainkan kes berat seperti membunuh dan yang berkaitan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: