Video ini sedang tersebar di mana Lokman Adam berapi-api dalam ucapannya.
Di akhir ucapan Lokman mengajak penyokong UMNO agar turut menafikan sistem kehakiman sekaligus mendesak agar dibebaskan setelah Najib didapati bersalah dalam skandal SRC dan sekarang tengah menjalani hukuman di penjara Kajang.
Bukan kah ucapannya itu menghina Mahkamah dan perbuatan yang tidak bertamadun, ini tahun 2022.
Rasanya Lokman Adam tahu kenyataannya itu adalah pembohongan semata mata namun dia harus memperalatkan kenaifan penyokong penyokong UMNO supaya UMNO terus relevan di mata mereka.
Dasar denguk, sanggup menggambarkan sistem kehakiman negara buruk demi mempertahankan seorang dua pemimpin UMNO, walhal skandal SRC atau 1MDB juga menjadi liputan diluar negara sebagai penyelewengan wang rakyat yang terbesar abad ini.
SRC adalah anak syarikat 1MDB yang telah memasukkan wang rakyat sebanyak 42 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak.
Hakikatnya perbicaraan Najib dalam skandal SRC perlu menempuh tempoh yang cukup lama iaitu empat tahun untuk berakhir. Dikatakan oleh Dr M perbicaraan SRC adalah perbicaraan yang paling lama atau terpanjang di Malaysia ertinya sepatutnya tidak timbul fitnah kononnya Najib tidak diberikan peluang membela diri atau menangguhkan perbicaraan.
Yang jelas sikap seperti itu tidak disukai oleh rakyat biasa atau orang muda so jangan hairan kalau UMNO ditolak mentah-mentah oleh golongan ini.
Perlu diketahui kalau kita tengok rakaman video taklimat khas Presiden UMNO baru-baru ini dan sedikit gambaran dalam video di atas ternyata majoriti yang hadir adalah orang lama yang tidak lagi mampu berfikir secara rasional untuk kebaikan bersama.
Esok esok atau satu hari nanti majoriti rakyat Semenanjung akan menyokong musuh UMNO. Waktu itu mereka akan mempertahankan pemimpin mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah.
Begitulah sampai bila bila sehingga ada rakyatnya yang dihancurkan?
Tinggalkan Jawapan