
Astaghfirullahalazim kenapalah si Najib cengeng sangat. Tidak padan dengan takburnya, dulu mendabik dada sebagai pahlawan atau Panglima Bugis.
Tapi belum pun seminggu menjalani hukuman penjara sudah merengek macam bukan keturunan pahlawan seperti yang dibanggakan oleh penyokongnya. Amat memalukan lebih hebat orang biasa, kalau orang biasa apa pun hukuman akan dijalani, walau atas kesalahan yang ringan seperti mencuri untuk mengisi perut yang kelaparan. Berbeza dengan Najib dan skandal SRC yang menyebabkannya di penjara 12 tahun.
Diberitakan belum pun sampai sebulan menjalani hukuman di penjara Kajang. Panglima Najib sudah mengemukakan petisyen pengampunan kepada yang di-Pertuan Agong.
Petisyen itu didedahkan oleh tuan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun hari ini. Apabila ada yang mempersoal kedudukan Najib Razak sebagai ahli parlimen Pekan. Adakah masih berstatus ahli Parlimen Pekan atau telah terbatal.
Ternyata masih sah walaupun telah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah, ini kerana menurut tuan speaker pada 1 September 2022 Najib melalui peguamnya Shafee Abdullah telah mengemukakan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan.
Sekadar pemakluman petisyen ampunkan Najib di media sosial tidak mendapat sambutan rakyat Malaysia.
Dibawah kenyataan terperinci berhubung status Najib Razak, Tuan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun
“Mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana ahli Parlimen yang disabitkan atas kesalahan oleh mahkamah di persekutuan dan dihukum penjara untuk tidak kurang dari setahun atau didenda sebanyak tidak kurang dari RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.
“Kuat kuasa Perkara 48(1)(e) adalah tertakluk kepada peruntukan Perkara 48(4) dan Perkara 53(2).”
“Dalam hal ini, perkara 48(4)(c) memperuntukkan bahawa sekiranya satu petisyen pengampunan difailkan oleh ahli Parlimen yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan ahli Parlimen berkenaan hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan dibereskan.”
“Ini bermakna status Najib sebagai ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan hanya akan dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan.”
Tinggalkan Jawapan