Tiada Keistimewaan, Pengecualian Dalam Keadilan Islam, Titah Agong

Nah selepas ini apa lagi retorik yang akan disebarkan oleh penyokong kluster mahkamah.

Selama ini atau sebelum ini walaupun pemimpin-pemimpin UMNO didapati bersalah di mahkamah kerana menyalahgunakan kuasa atau menyeleweng Rakyat. Tetapi mereka tetap dipertahankan seolah-olah Hakim yang bertanggungjawab pula yang dipersalahkan.

Sedangkan boleh lah dikatakan setiap keputusan yang dijatuhkan ke atas mana-mana pemimpin di Malaysia ini pasti dalam perhatian Yang Dipertuan Agong atau Sultan. Itu bererti jika sistem kehakiman sudah rosak atau Hakim yang menjatuhkan hukuman tidak kompeten. Pastilah yang di-Pertuan Agong akan menegur kehakiman atau Hakim yang berkenaan.

Tapi dengarkan titah Agong bagaimana pengampunan Agong bukannya hal yang boleh dipermainkan kerna akhirnya akan dipertanggungjawabkan kelak di kemudian hari.

Seperti mana sekarang tetapi hari ini Yang Dipertuan Agung memuji sistem kehakiman malah dikaitkan dengan keagungan agama Islam yang mengutamakan keadilan tanpa mengira bangsa agama atau status seseorang.

Harap-harap pemimpin-pemimpin UMNO dan laskar mereka yang masih tidak berpuas hati dan sehingga saat ini terus menyebarkan penafian yang tidak masuk. Rentetan keputusan Hakim memenjarakan Najib Razak dan perbicaraan ke atas Zahid Hamidi serta terbaru Bung Mokhtar dikehendaki membela diri akibat skandal rasuah.

Supaya dihentikan serta merta kerana itu hanya menunjukkan teruk sangat kah pemikiran orang Melayu, kerna Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara pun memuji sistem kehakiman Malaysia yang berjalan selama ini.


Keadilan Islam tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa yang melakukan kesalahan, sama ada diri sendiri, teman rapat, ahli keluarga mahupun ibu dan bapa, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Tiada keistimewaan, pengecualian dalam keadilan Islam, titah Agong.

Sultan Abdullah bertitah ketegasan prinsip keadilan Islam juga tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa termasuk kepada mereka yang tidak disenangi, selain keadilan tanpa pilih kasih yang diamalkan telah berjaya mengangkat martabat Islam pada zaman Rasulullah S.A.W. 

“Prinsip keadilan yang telus lagi terbuka turut berjaya membangunkan satu masyarakat yang adil, saksama, makmur dan sejahtera. Prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan,” titah Seri Paduka semasa berucap merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Pahang hari ini. 

Berpandukan atas prinsip yang sama, Sultan Abdullah bertitah Mahkamah Syariah mestilah bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam menjatuhkan hukuman, terutamanya yang melibatkan kes-kes kekeluargaan.

“Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, nescaya keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang telah ternoda dan akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa,” titah baginda. 

 Sultan Abdullah bertitah bahawa kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak di ‘hari kemudian’

Selain itu, baginda juga mengingatkan hakim Syarie untuk memastikan kes yang dikendalikan mereka dapat dihakimi seadil-adilnya dan penghakiman dilaksanakan dengan segera, selain pegawai mahkamah serta peguam Syarie turut sama membantu melancarkan prosiding mahkamah. 

Pada majlis itu, Sultan Abdullah berkenan memasyhurkan kompleks bernilai  RM44.75 juta yang mula dibina pada 22 Jun 2015, siap pada 23 Sept 2021 dengan nama Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah. 

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah. 

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad, barisan pentadbiran Pahang diketuai Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Hakim Syarie Pahang Abdul Rahman Md Yunos. 

Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan supaya cadangan konsep diyat (pampasan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan tindakan jenayah) dapat dilaksanakan di negara ini. 

“Saya juga ingin meminta hakim-hakim Syarie untuk mendalami dan mengkaji hukuman berbentuk servis kemasyarakatan yang boleh diambil kira kerana ada kesalahan yang tidak begitu besar, harus difikirkan agar mereka boleh berbakti kepada masyarakat… yang boleh diselesaikan dengan budi bicara,” titahnya. 

Menyentuh mengenai pembinaan komplek mahkamah itu, Sultan Abdullah berharap ia dapat memberikan perkhidmatan terhadap masyarakat selain menyampaikan serta mengembangkan syiar Islam dan mempertingkatkan institusi mahkamah syariah negara ini. 

Sumber MSN

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: