Rosmah Fail Batal Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Saat Akhir

Alamak suami isteri menggunakan teknik yang sama untuk mengabaikan atau memanjangkan tempoh perbicaraan.

Kalau mengikut jadual pada 01 haribulan September yakni esok, Rosmah akan mendengar keputusan perbicaraan berhubung tenaga solar di sekolah-sekolah di Negeri Sarawak. Baca link dibawah……

01hb Sept 2022 Keputusan Rasuah Solar Rosmah Mansor

Namun hari ini Rosmah melalui tu Tetuan Akberdin & Co telah memfailkan saman untuk membatalkan kelayakan Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan daripada menghakimi perbicaraan rasuahnya, berkaitan projek solar sekolah luar bandar Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion.

Alasan peguam yang mewakili Rosmah Mansor berikutan draf penghakiman yang kononnya bocor oleh seorang blogger Raja Petra minggu selalu.

Sabtu lalu ketua polis Daerah Sentul Beh Eng Lai menyatakan draf itu akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi dan Seksyen 203A Kanun keseksaan kerana mendedahkan maklumat sulit.

Sulit tidak sulit hakikatnya esok hanyalah pendengaran keputusan perbicaraan, tiada lagi penghujahan bagi membuktikan Rosmah tidak bersalah. Justeru perkara biasa draf disiapkan lebih awal berdasarkan hujahan dan bukti yang disampaikan sebelum ini oleh peguam bela dan dari tertuduh itu sendiri.

Pada masa yang sama pejabat ketua pendaftar mahkamah persekutuan telah membuat laporan polis berhubung dakwaan kebocoran itu sebagai taktik yang disengajakan untuk menjejaskan integriti operasi mahkamah dan pentadbiran keadilan.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui pembantunya ketika itu, Rizal Mansor, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar berkenaan melalui rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan.

Beliau turut didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi antara 2016 dan 2017.

One thought on “Rosmah Fail Batal Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Saat Akhir

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: