
Jadi pada Khamis ini bersamaan 01hb September, isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor akan mendengar keputusan kes rasuah solar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pada Februari 2021 Hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan bahawa Rosmah Mansor dikehendaki membela diri kerana ada prima facie berhubung projek tenaga solar melibatkan 369 sekolah di pedalaman Sarawak.
Pendakwaan dijalankan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam Datuk Jagjit Singh serta Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Rosmah.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan akan membuat keputusan penghakiman pada Khamis ini sama ada akan memerintahkan Rosmah sekali lagi membela diri atau membebaskannya.
Jika Hakim mengarahkan Rosmah membela diri itu bererti Rosmah akan memfailkan rayuan. Ertinya panjang lagilah prosidingnya walau pada hakikatnya telah pun bersalah.