Secara logiknya memang benar pun antara sebab utama kenapa pemimpin-pemimpin UMNO enggan bekerjasama dengan Perikatan Nasional adalah kerana takut peluang menjadi calon atas tiket UMNO diambil oleh Bersatu atau PAS, walaupun pada hakikatnya peluang untuk calon UMNO menang sangat tipis.
Berdasarkan pengalaman setiap pilihanraya. Calon UMNO yang bertanding di kubu pembangkang tidak pun mengharapkan sangat kemenangan. Tapi yang mereka target ialah peruntukan pilihanraya yang akan disalurkan pada mereka. Begitulah atitud UMNO, macai sanggup bodoh saja yang tidak tahu perkara ini.
Jadi UMNO, berfikirlah secara matang, apa mahu menjadi kerajaan walaupun berkongsi kuasa atau menjadi pembangkang sudah tentu, ini berdasarkan skandal semasa yang memalitkan pemimpin pemimpin utama UMNO, apa lagi tanpa Najib Razak yang kini menjalani hukuman.
UMNO bila nak tekan butang?
PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan PAS berpandangan, keengganan sesetengah pemimpin Umno untuk menerima Bersatu dalam kerjasama politik kerana dipengaruhi sifat peribadi yang mahukan kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya kelak.
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pembahagian kerusi pada PRU15 melibatkan Bersatu menyebabkan ada pemimpin bahagian tidak dapat bertanding.
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka (pemimpin Umno) bukan terlalu ego sebaliknya ia akan melibatkan Bersatu dari segi pembahagian kerusi sekali gus menyebabkan ada pemimpin bahagian tidak dapat bertanding.
“Pembahagian kerusi terpaksa melibatkan Bersatu dan ini menyebabkan, ada ketua bahagian Umno tertentu tidak berpeluang untuk bertanding,” katanya yang juga timbalan presiden PAS.
Justeru, Tuan Ibrahim berkata, bagi PAS, parti melihat dalam kerangka besar termasuk arah mana kerajaan membawa sesebuah negara.
“Bagi PAS kita tengok kerangka besar, contohnya waktu kita bincang soal menteri kanan, PAS ada 18 Ahli Parlimen 18., GPS (Gabungan Parti Sarawak juga ada) 18.
“GPS ada menteri kanan. Bersatu ada dua menteri kanan. Umno ada seorang menteri kanan. Sepatutnya PAS dapat menteri kanan kan? Sebab PAS 18, sama dengan GPS. Tapi bagi kami, bagi PAS, kita usah berebut jawatanlah.
“Yang penting kita jaga negara, rakyat tengah susah. Kita fokus pada bantu rakyat dulu daripada kita duk berebut jawatan, akhir rakyat terbiar. Bagi PAS ni kita tengok dalam kerangka besar. Kerangka besar negara kita nak bawa ke mana? soalnya.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menasihatkan ketiga-tiga parti duduk semeja dan menerima hakikat untuk bersama-sama menghadapi PRU15.
“Politik ini kena tolak ansur banyak. Kalau kita pertahan hak saya, orang itu berkata hak dia, jadi akhirnya tidak akan dapat kata sepakat dalam konteks politik negara kita,” katanya menurut Harakahdaily
Tinggalkan Jawapan