Parti DAP jangan ingat kamu saja yang tegar untuk tidak bekerja sama dengan parti yang berasaskan bangsa Melayu atau Bumiputera. Sebaliknya parti yang berasaskan bangsa Melayu dan Bumiputera lah yang lebih tegar menolak bekerjasama dengan Pakatan Harapan hanya kerana ada parti DAP yang licik memainkan sentimen perkauman.
Tetapi juga parti PAS malah komponen lain dalam Perikatan Nasional sudah tentu pasti berbahagia mendengar DAP tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional.
Perikatan Nasional terdiri dari dua parti utama iaitu Bersatu dan PAS.
Bunyi macam perkauman kan tapi itulah bila terpaksa berhadapan dengan pihak pihak yang gagal mendalami demokrasi.
Adakah patut dalam sistem demokrasi ada parti yang dianggap pengkhianat sedangkan bertitik-tolak daripada “pengkhianatan” itu akan memunculkan kuasa baharu atau lain.
PAS Melaka menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) siap mengingatkan pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin supaya tidak membuat kenyataan yang boleh membawa kepada kerjasama dengan Pakatan Harapan.
Dengar tak wahai DAP punyalah enggan bekerjasama sampaikan bos sendiri pun di marah. Jadi selepas ini jangan lagi berlagak abang besar kerna logiknya berlagak abang besar tapi selain bumiputera memang tidak bersambung langsung.
Baik abang besar dalam arena politik mahu pun abang besar dari konteks kesamsengan, memang tidak bersambung.
Tinggalkan Jawapan