Zahid Disiasat Berhubung Ucapan Hina Konstitusi Kehakiman, SPRM dan Agong

Polis mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung ucapan taklimat khas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Sabtu lalu.

Dalam sebuah kenyataan, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asmawati Ahmad berkata siasatan terhadap Zahid dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

“Setakat ini sebanyak 12 laporan polis yang diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya.

Menurutnya, Zahid disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Sumber MSN

Sebelum ini beberapa pemimpin dan penyokong pembangkang telah membuat laporan Polis terhadap Presiden UMNO kerana semasa berucap di taklimat khas UMNO.

Dipercayai Zahid telah menghina dan memfitnah institusi kehakiman negara, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Yang di-Pertuan Agong.

Dimana perbuatan Presiden UMNO berkenaan mampu mengikis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan badan penyiasat SPRM. Lebih utama dari konteks Melayu bila masyarakat Melayu kelak tidak lagi menghormati Institusi Beraja atau kesultanan Melayu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: