UMNO Banyak Masalah Tidak Mampu Dapat Majoriti Mudah PRU15

Admin rasa pendapat Ku Li ini berdasarkan senario sebelum pemenjaraan Najib Razak, akibat skandal SRC.

Maksudnya sebelum Najib benar benar didapati bersalah iaitu di penjara pun ramai yang percaya UMNO sukar mendominasi pilihan raya umum kelak, ini kan pula setelah apa yang berlaku pada Najib.

Sekarang pun Najib dibicarakan dalam skandal 1MDB begitu juga dengan Presiden UMNO Zahid Hamidi tengah ketakutan dalam perbicaraannya berhubung Yayasan Akal Budi. Sampaikan timbul alasan yang pelik pelik, dalam usaha menangguhkan perbicaraan.

Kalau di Sabah UMNO lagi parah akibat Timbalan Ketua Menteri Bung Mokhtar ibarat telur dihujung tanduk. Setelah hampir pasti dalam skandal jual beli tanah atau pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (FELCRA) empat tahun lalu. 02 September ini nasib Bung dan isteri akan diketahui sama ada dibebaskan atau di arah membela diri.

Pokoknya UMNO memang cukup bermasalah disebabkan hilangnya kepercayaan rakyat.


Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal, menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, semua parti termasuk Barisan Nasional (BN) akan berdepan kesukaran susulan banyak faktor, termasuk ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

“Saya rasa pilihan raya ini satu pilihan raya yang paling sukar. Dan saya tak fikir tak ada satu parti pun yang mendapat ‘simple majority’ (majoriti mudah), tak boleh membentuk kerajaan.

“Saya rasa Umno pun berada dalam keadaan begitu apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal, berbagai-bagai masalah yang dihadapinya,” lapor Astro Awani.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata PRU15 disifatkan tidak mampu menyelesaikan masalah, malah akan menimbulkan banyak lagi masalah.

“Kita hadapi masalah bukan sahaja pandemik belum selesai, pandemik Covid-19, tetapi juga masalah kos hidup rakyat kerana inflasi yang menekan kita. Dan produktiviti kita sudah jatuh, nilai ringgit kita seolah-olah mengalami ‘free fall’ (jatuh menjunam). Jatuh dengan tidak ada halangan apa-apa,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, berkata PRU15 akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan.

Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan.

Memetik Utusan Malaysia, beliau berpandangan PRU15 akan dilaksanakan sebelum Disember mengambil kira kemungkinan bencana banjir di penghujung tahun.

Sumber MSN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: