Lucu juga kenyataan “pengerusi” Pakatan Harapan Lim Guan Eng yang bertegas kononnya Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan parti Bersatu dan ia sudah menjadi pendirian sejak setahun yang lalu.
Menurutnya lagi adalah mustahil Pakatan Harapan bekerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional, walaupun belum dimuktamadkan.
Samalah dengan UMNO awal awal lagi mendabik dada akan bertanding solo. Walhal tanpa Bersatu atau Perikatan Nasional mustahil UMNO yang tumbang pada pilihan raya umum 2018 menjadi kerajaan atau Perdana Menteri.
Wah hebat sangat Pakatan Harapan atau DAP ni khususnya. Sudah macam perangai UMNO pula dah, ego dan sombong bodoh. Sikap DAP berubah selepas diberikan mandat. DAP juga berhadapan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah membabitkan projek terowong bawah tanah dan pembelian dua lot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM300 juta.
Namun sehingga kini, bayang bayang terowongnya masih belum kelihatan. Tapi pandai mengata projek LCS, walhal dua kali lima dengan UMNO.
Tampak ada muslihat jahat di sebalik pendirian DAP ini?
Memandangkan sebelum ini Presiden UMNO Zahid Hamidi pernah menyuarakan ingin membentuk ajaran baru bersama Pakatan Harapan, bilamana tanpa pengetahuan ahli UMNO telah bersetuju menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, menggantikan Muhyiddin Yassin selepas UMNO menarik sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional.
Ini berdasarkan pendedahan Tajuddin Abdul Rahman yang mendedahkan secara panjang lebar dan detil bagaimana Zahid Hamidi dan Najib yang kononnya No Anwar no DAP semasa perhimpunan Agung UMNO. Tapi di belakang, Zahid dan Najib mendesak ahli Parlimen UMNO menandatangani SD melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tajuddin dedah wujud SD Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri
Jangan lupa usai Zahid menggulung perhimpunan Agung UMNO 2021, tersebar rakaman perbualan Zahid dan Anwar Ibrahim yang merujuk penggulungan Zahid atau melecehkan kesetiaan ahli UMNO pada Presiden mereka.
Rakaman perbualan itu telah pun diakui benar oleh Zahid Hamidi di hadapan ahli ahli Parlimen UMNO.
Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar Zahid nafi perbualannya bersama
Perlu diingat DAP bersekongkol dengan UMNO menukar Menteri Besar Perak yang sebelum itu disandang oleh parti Bersatu.
Pilihan Raya Negeri Sabah 2020, calon DAP bertanding menggunakan logo Warisan, sedangkan DAP dan Warisan mempunyai agenda perjuangan parti yang berbeza, satu kenegerian satu lagi bersifat nasional. Tapi hari ini macam anjing dengan kucing.
Menunjukkan disini DAP mampu mendatangkan kemudaratan jauh lebih bahaya berbanding Perikatan Nasional. Lidah bercabang!
Tinggalkan Jawapan