STAR Gesa Buka Semula Siasatan Terhadap Shafie

Berita ini berlaku pada tahun 2020 namun sehingga hari ini penyokong STAR belum melihat kesannya.

Akibatnya ia menjadi topik hangat di grup grup whatsapp hingga menimbulkan konflik dikalangan masyarakat Sabah. Ada yang beranggapan kes ini sengaja ditutup semasa Warisan menjadi kerajaan negeri.

Oleh itu menurut penyokong STAR siasatan harus diteruskan demi usaha mengembalikan wang rakyat yang didakwa telah di seleweng.

Dalam masa yang sama rakyat Sabah ingin melihat mereka yang terbabit dalam skandal Shafie ini diheret ke muka pengadilan, secepat yang mungkin.


KOTA KINABALU – Ahli Majlis Tertinggi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuka semula siasatan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Shafie Apdal.

Ketua Bahagian STAR Kapayan, Jafery Jomion berkata, laporan kepada SPRM dibuat berhubung kes berprofil tinggi ahli politik di negeri ini.

“Tujuan kami datang ke Pejabat SPRM ini untuk memaklumkan supaya kes Mohd Shafie yang pernah dibuka kertas siasatan diteruskan dan dihakimi di mahkamah.

“Sebelum ini, kes sudah ada tetapi digugurkan, jadi kami sebulat suara dengan satu solidariti kami meminta supaya perkara ini dapat diteruskan supaya rakyat akan melihat bahawa kita ada pentadbiran yang lebih baik,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM, di Kota Kinabalu hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta SPRM menyiasat pemberian projek negeri bernilai RM1.5 bilion terhadap empat syarikat yang dilihat meragukan.

Jafery mendakwa, pemberian kontrak itu dilakukan secara terus oleh kerajaan negeri tanpa melihat latar belakang atau profil syarikat.

“Syarikat itu tidak berupaya mengambil projek yang diberikan kerana tiada keuntungan malah alami kerugian.

“Mereka sepatutnya sebagai kerajaan harus melihat profil syarikat dan kalau prestasi bagus, boleh dipertimbangkan, kalau prestasi teruk bagaimana boleh beri kontrak kepada syarikat yang tiada kemampuan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan itu.

Sumber Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: