Cara Menghormati Badut Ialah Mentertawakannya

Saya terpanggil untuk menulis serba sedikit perihal kemunafikan atau hipokritnya pemimpin dan penyokong UMNO bila mana Najib berjaya dipenjarakan.

Pada 23hb Ogos 2022 Mahkamah Persekutuan mendapati Najib kekal bersalah menyeleweng 42 juta wang rakyat melalui anak syarikat 1MDB iaitu SRC.

Kini Najib Razak berada di penjara Kajang bagi menjalani hukuman 12 tahun serta denda RM 210 juta ringgit.

Rentetan itu ramai rakyat yang menunjukkan kejayaan mereka, baik di media sosial mahu pun ketika bersembang di luar sana.

Menyebabkan penyokong pemimpin UMNO kantoi mencuri di Mahkamah. Meroyan sekaligus marah pada rakyat yang berkenaan.

Percayalah pada hakikatnya kegembiraan yang ada pada hari ini, akan jauh lebih meriah seandainya Najib berjaya melepaskan diri.

Bukannya rakyat tidak tahu, betapa sanggup bodohnya penyokong UMNO. Untuk berbohong dan menegakkan benang basah pun mereka sanggup apa lagi meraikan kegembiraan seolah-olah berada di pihak yang benar.

Kamu orang tahu kah walaupun Najib Razak telah menjalani hukuman 12 tahun namun rakyat terpaksa menanggung bebanan hutang SRC sebanyak lebih kurang 2.5 bilion ringgit. Siapa yang bayar tu, kita juga sebagai rakyat Malaysia kan?

Itu belum dicampur dengan hutang 1MDB yang mencecah 39 bilion ringgit. Siapa yang bayar ni?

Hakikatnya cara menghormati badut ialah mentertawakannya.

Pun begitu janganlah keterlaluan, simpan bakinya dan terjemahkan pada pilihan raya umum ke-15 yang akan datang.

Perlu pembaca fahami dan akui, sekiranya Najib itu bukan public figure iaitu bahan yang menjadi milik rakyat nescaya saya tidak akan mengkritiknya jauh sekali melecehkannya seperti ini.

Najib dan pemimpin UMNO lain walaupun telah kantoi menyalahgunakan kuasa di Mahkamah tapi masih berlagak sebagai tuan tanah yang tidak boleh disentuh. Sikap inilah yang menyebabkan rakyat semakin muak dan benci di tambah sikap orang orang atau laskar UMNO yang tidak habis habis menyebarkan kenyataan bohong hingga mereka yang tidak terlibat pula yang seolah olah bersalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: