Hanya Shafie Apdal Belum Nafi Terima Wang Dari UKSB

Semasa Pengurus UKSB David Tan Siong Sun membuat kenyataan dalam perbicaraan Presiden UMNO Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi. Dia mendakwa Shafie Apdal juga menerima sejumlah wang dari mereka.

Namun sehingga saat ini Presiden Warisan, Shafie Apdal belum membuat sebarang kenyataan bagi menafikan tuduhan Pengurus UKSB berkenaan.

Kalau mendiamkan diri itu menunjukkan tuduhan itu ada benarnya lah kan? jika begitu kenapa pemimpin Warisan lain dan penyokong mereka terlalu berlagak suci, sampaikan kemasukan Najib Razak ke penjara Kajang terlalu dikeji hingga seolah olah kepimpinan Warisan sama sekali terhindar dari tuduhan salah gunakuasa. Alahai!

Sedangkan, jangankan bersama UMNO kepimpinan Warisan tidak terpalit dengan tuduhan salah gunakuasa. Dalam kerajaan Warisan yang baru berumur dua tahun setengah pun, sudah ada yang diheret ke Mahkamah.

Jawab jangan tak jawab!



Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan menerima wang daripada UKSB.

Semua menteri dan pemimpin politik yang disebut ketika perbicaraan rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, telah menafikan dakwaan menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Luar Datuk Seri Anipah Aman; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, masing-masing telah menafikan menerima wang UKSB.

Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, yang turut disebut dalam perbicaraan rasuah Presiden UMNO itu, belum menafikannya, sebaliknya enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkara itu.

Terkini, Hishammuddin semalam, menjelaskan beliau tidak mengetahui berhubung apa-apa sumbangan dana politik atau wang daripada UKSB.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong menerusi ciapan ringkas di laman Twitternya bagaimanapun menegaskan sedia dipanggil pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan itu.

“Saya tidak mengetahui apa pun berkaitan perkara yang telah disebut di mahkamah baru-baru ini.

“Sekiranya mereka (SPRM) ingin memanggil saya bagi melakukan siasatan, seperti kebiasaan sebelum ini, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa,” katanya.

Sabtu lalu, SPRM memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah Zahid, baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan dilapor berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit yang tersenarai dalam satu lejar seperti dikemukakan di mahkamah dalam perbicaraan berkenaan.

Seorang saksi sebelum ini memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa UKSB memberi dana kepada pemimpin politik.

16 Jun lalu, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia merujuk Zahid sebagai ‘Monster’ dalam buku lejar individu yang menerima wang daripada syarikat itu.

Sumber Agenda Daily

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: