
PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Peguam, Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat bahawa beliau tidak akan membuat sebarang penghujahan dalam prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak, Selasa depan.
Beliau mengulangi pendirian itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram selesai berhujah di hadapan lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Empat panel hakim yang lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Bagaimanapun Tengku Maimun menegaskan bahawa, pihak pembelaan mempunyai tiga hari untuk membuat persediaan bagi hujahan.
Tinggalkan Jawapan