Hakikat Tak Dapat Disangkal, Wang Masuk Akaun Dan Najib Gunakannya

Perlu diketahui yang dimaksudkan dengan skandal SRC ialah transaksi dimana sebanyak RM42 juta wang Malaysia dipinjam oleh Najib aka 1MDB dari KWAP telah dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak dan ia telah dibelanjakan secara sakan oleh Najib dan ahli keluarga.

Transaksi itulah yang menyebabkan Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini. Bila mana Najib dan peguamnya Shafee Abdullah gagal menafikan atau menunjukkan bukti lain yang wang RM42 juta itu bukan dari SRC atau wang pencen (KWAP)

Menyebabkan hakim Nazlan melalui Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman bersalah 12 tahun penjara dan denda 210 juta ke atas Najib Razak. Sabitan bersalah inilah yang cuba dibatalkan oleh Najib di Mahkamah Persekutuan.

Sudah dua kali Najib menjalani proses rayuan sebelum ini di Mahkamah Rayuan dan yang kedua sekarang di Mahkamah Persekutuan.


PUTRAJAYA: Hakikat tidak dapat disangkal bahawa RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri itu secara sedar menggunakannya untuk faedah peribadi, walaupun jika transaksi wang dilaksanakan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Usaha Najib yang mahu mahkamah mempercayai bahawa beliau tidak mengetahui wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya yang sudah tentu bukan satu jumlah yang kecil, adalah sia-sia.

Dalam hujahannya terhadap rayuan terakhir Najib bagi mengenepikan sabitan hukuman kes SRC International, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, berkata antara Jun 2014 dan Februari 2015, Najib sedar bahawa dia hanya mempunyai RM49 juta melalui dakwaannya bahawa ia adalah derma Arab yang keempat.

Sithambaram berkata, wang itu pun dihabiskan Najib kecuali kira-kira RM6 juta yang terdiri daripada deposit tunai RM5 juta (bukan derma Arab) sebelum kemasukan RM42 juta.

Oleh itu, katanya ia menjadikan RM42 juta yang masuk ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu adalah peningkatan sebanyak 100 peratus.

“Namun, perayu ‘menutup mata’ dan menyatakan bahawa dia tiada pengetahuan mengenai RM42 juta ini dan mendakwa tidak mengetahui dana yang dibelanjakannya.

“Kami menyatakan malah derma Arab yang dikatakan habis tidak dapat membantu naratif perayu.

“Fakta bahawa perayu mengeluarkan cek atau memindahkan dana keluar, malah kadang-kadang sebelum dana itu benar-benar masuk ke dalam akaunnya menunjukkan dia mempunyai pengetahuan mengenai dana yang masuk,” katanya.

Sithambaram juga berkata, khidmat pesanan ringkas (SMS) Blackberry menunjukkan bahawa Najib menggunakan Jho Low untuk mengesahkan baki wang dalam akaunnya, untuk memastikan bahawa dia mempunyai kredit mencukupi bagi perbelanjaan kad kredit dan cek yang sudah atau yang akan dikeluarkan.

Beliau berkata, SMS diterima Najib membuktikan dia mengetahui baki dalam akaun bank dan baki kad kredit, lantas adalah mustahil tidak mengetahui jumlah kredit dan debit sebanyak RM606,510,436.66 dalam tiga akaun semasa yang dikendalikan selama tiga tahun sebelum menutup semua akaun pada 9 Mac 2015 seperti terzahir dalam semua penyata akaun.

“Responden berhujah bahawa keterangan ini jelas membuktikan bahawa perayu mempunyai pengetahuan sebenar berhubung status dan transaksi dalam akaunnya.

“Hakim menimbangkan kaitan di antara SMS Blackberry dan nilai pembuktian dan mendapati ia adalah bukti yang tidak dapat dipertikaikan yang menunjukkan pembabitan Jho Low dalam menguruskan akaun bank perayu seawal tahun 2011.

“Perbualan Blackberry menimbulkan inferen kukuh bahawa perayu sudah semestinya mengetahui status, transaksi keluar masuk yang tidak terkira banyaknya dalam akaunnya dan baki sebenar untuk membolehkan dia menggunakan dana itu termasuk wang SRC yang masuk ke dalam akaun banknya,” katanya.

Hujahan bersambung petang ini.

Sumber Berita Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: