Jho Low Urus Akaun Najib

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahu kemasukkan wang ke dalam akaunnya malah membelanjakannya sebelum dana itu dimasukkan.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk V Sithambaram berhujah bahawa walaupun ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low melaksanakan urus niaga namun tidak dapat disangkap bahawa Najib (perayu) tahu wang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Menurutnya, perayu mahu mahkamah mempercayai bahawa beliau tidak tahu berhubung wang itu.

“Jumlah RM42 juta itu bukan jumlah yang kecil. Antara Jun 2014 dan Februari 2015, perayu sedar dia hanya ada RM49 juta daripada derma dari negara Arab.

“Beliau sudah gunakan kecuali RM6 juta (bukan derma Arab) sebelum kemasukkan RM42 juta itu. Itupun perayu ‘menutup mata’ dan mengatakan beliau tidak mempunyai pengetahuan berhubung wang itu.

“Mana ada orang boleh menggunakan wang yang dia dakwa tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.

“Fakta bahawa perayu mengeluarkan cek atau membawa dana keluar yang kadang-kadang sebelum wang itu masuk menunjukkan bahawa beliau tahu berhubung dana yang akan masuk,” katanya.

Sithambaram berkata, terdapat bukti khidmat pesanan ringkas (SMS) Blackberry menunjukkan bahawa Najib menggunakan Jho Low untuk mengesahkan dana wang dalam akaunnya.

“Bagi memastikan beliau mempunyai kredit atau dana yang cukup bagi perbelanjaan kad kredit dan cek yang sudah atau yang akan dikeluarkan.

“Mesej yang diterima oleh perayu membuktikan pengetahuannya tentang baki akaun bank dan baki kad kreditnya.

“Adalah mustahil bagi perayu tidak mengetahui jumlah kredit dan debit sebanyak RM606,510,436.66 dalam tiga akaun semasa baharunya selama tiga tahun sebelum menutupnya.

“Hakim yang arif (Mahkamah Tinggi) sudah mempertimbangkan mesej ini dan mendapati ia adalah bukti yang tidak dapat dinafikan menunjukkan pembabitan Jho Low dalam menguruskan akaun bank perayu seawal 2011.

“Bukti mesej ini menunjukkan bukti kukuh bahawa perayu semestinya mengetahui status, transaksi keluar masuk yang tidak terkira banyaknya dalam akaunnya dan baki sebenar untuk membolehkan dia menggunakan dana itu termasuk wang SRC yang masuk,” katanya.

Sementara itu Sithambaram berkata perayu mendakwa wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah derma daripada Arab.

“Perayu mendakwa beliau tidak tahu bahawa dana SRC dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Beliau turut mengemukakan bukti surat yang didakwa daripada Putera Saud Abdulaziz Al-Saud bagi pihak Raja Arab Saudi.

“Bagaimanapun kesahihah pembuat surat atau surat itu sendiri tidak pernah dikemukakan ketika perbicaraan. Kandungan surat itu tidak boleh diterima masuk selain fakta bahawa ia diberikan kepada AmBank apabila ditanya sumber dana.

“Kepercayaan perayu bahawa dana dalam akaun itu adalah derma dari Arab sukar dipercayai. Perayu sememangnya mengetahui urus niaga dan status akaun banknya itu.

“Berdasarkan semua bukti ia jelas memenuhi elemen bagi membuktikan elemen pecah amanah jenayah yang dilakukan perayu,” katanya.

Disiarkan pada: Ogos 19, 2022 @ 12:45pm

Sumber Metro

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: