Adun Segama Keluar Bersatu, Sokong Kerajaan GRS

Lahad Datu ahli parlimennya Mohamad Din Ketapi yang juga ahli Dewan Undangan Negeri, Segama hari ini mengumumkan keluar daripada Bersatu

Tahun lepas 30 Oktober 2021 dia keluar meninggalkan parti Warisan dan pada 26 November tahun yang sama menyertai Parti Bersatu.

Hari 28 Jun keluar lagi dari parti Bersatu tapi tetap menyokong kerajaan GRS yang diketuai Datuk Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua GRS.

Nasib baik dia cakap, walaubagaimanapun dia tetap menyokong kerajaan negeri Sabah atau kerajaan GRS. Kalau tidak habis dia ni. 😂

Din Ketapi juga menekankan bukan kerana dia tidak diberikan peranan dalam kerajaan, sebab itu dia meninggalkan Bersatu. Tapi ada sebab lain lah kot, tidak apa biarkan lah dia dengan dunianya, namanya juga politik kan.

Nah jangan pula ada yang perasan seolaj olah si Din ni telah menyertai UMNO ya. Sebab masak tu dia kelak dalam pilihan raya.

Apapun Din aka Kusung Kubid harus selepas ini lebih konsisten jangan sampai kamu kehilangan kerajaan GRS yang prihatin dan berkerja bertungkus lumus untuk rakyat Sabah.

Ingat GRS adalah gabungan parti yang tegas menuntut eleman yang ada dalam perjanjian Malaysia 1963. Tidak ada sudah parti lain di Sabah yang berbuat demikian, apa lagi UMNO sudah tentu tidak berhasrat merealisasikan perjanjian Malaysia 1963 sampai bila bila pun.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: