
Begini pula ceritanya kenapa Ahli Parlimen Silam yang juga Adun Segama Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi meninggalkan parti Bersatu.
Salah diri sendiri pula rupanya.
Tadi pagi bersamaan 28 Jun 2022 Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar dari parti Bersatu, ini kali kedua dia meninggalkan wadah perjuangannya.
Pada Oktober 2021 Adun Segama mengumumkan keluar dari Warisan, pada November 2021 dia menyertai parti Bersatu. Alasannya demi kepentingan pengundi di kawasannya iaitu meliputi kebajikan dan pembangunan di kawasan yang diwakilinya.
Betul lah tu mana ada lagi keutamaan yang lebih penting dari menjaga kebajikan pengundi dari hanya menjaga kepentingan parti Warisan semata mata.
Tapi alasannya kali ini agak remeh dan bertentangan dengan alasan semasa meninggalkan Warisan. Tampak Adun Segama ini lebih mementingkan jawatan atau imbuhan berbanding kepentingan pengundinya, ibarat cakap tidak serupa bikin tu kan.
Pada sidang media pagi tadi Adun Segama ini memaklumkan faktor dia meninggalkan Bersatu dan menjadi Bebas adalah kerana tidak diberikan jawatan utama dalam Bahagian Bersatu Lahad Datu walaupun telah dijanjikan.
Walaubagaimanapun Adun Bebas Mohamaddin Ketapi tetap menyokong kerajaan GRS Sabah.
Ok tak apalah, anggap saja alasannya itu ada kebenarannya. Tapi kenalah ukur baju di badan sendiri. Jangan sampai jawatan yang disandang hanya menggahkan diri tapi dalam masa yang sama merosakkan politik Bersatu ataupun GRS.
Difahamkan selepas Adun Segama meninggalkan Warisan pengikutnya kekal setia bersama Warisan. Ertinya yang keluar parti hanyalah kerabat dan kroni Mohamaddin Ketapi.
Oleh itulah amat sukar bagi Bersatu memberikannya jawatan penting dalam Bersatu Lahad Datu. Jawatan utama dalam parti tidak seperti menyandang jawatan agensi kerajaan, harus memenuhi kriteria utama, seseorang itu harus mempunyai pengikut yang cukup ramai.
Ambil contoh ini, borang permohonan Bersatu sebanyak 500 helai yang diserahkan oleh wakil Ketua Bahagian Bersatu Lahad Datu kepada wakil Mohamaddin Ketapi sehingga hari ini tidak dikembalikan. Nampak sangat tidak ada pengikut atau seolah olah disengajakan supaya Bersatu tidak berkembang.
Begitu juga peruntukan yang diterimanya selaku Adun dan Ahli Parlimen. Sedikit pun peruntukan itu tidak di rasa oleh penyokong Bersatu. So bagaimana memperkuatkan lagi Bersatu di Lahad Datu.
Gambar penyerahan borang Bersatu kepada wakil Mohamaddin Ketapi.

Peristiwa ini juga membuktikan yang politik Bersatu atau GRS tidak memberikan imbuhan kepada mana-mana wakil rakyat supaya meninggalkan parti asal dan menyertai Bersatu.
Demi kelangsungan politik Adun Segama, ini sedikit nasihat dari admin, jangan terfikir untuk meninggalkan GRS walaupun pada ketika itu bertanding atas tiket Bebas. Ingat UMNO sudah pun ditolak oleh rakyat Sabah.