
UMNO secara rasminya pernah merangka memorandum mendesak Presiden UMNO Zahid Hamidi supaya berundur secara baik.
Ia berlaku pada awal tahun Mac 2020.
https://fb.watch/dVYe8WDm6a/ (sidang media Tajuddin yang mendedahkan usaha UMNO menjatuhkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO)
Pendedahan Tajuddin ini dibuat pada satu sidang media, bertarikh 27 Jun 2022. Itu bererti hampir tiga tahun ahli UMNO dan rakyat biasa dibohongi oleh kepimpinan UMNO.
Menurut lagi Tajuddin antara pemimpin yang hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan dan bekas Perdana Menteri Najib Razak sebagai ketua dan Naib Presiden UMNO Muhammad Khalid Nordin begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf turut hadir.
Usah menjatuhkan Zahid Hamidi itu diketuai oleh Tok Mat atau Mohamad Hasan sendiri dan bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Namun menurut bekas Majlis Kerja Tertinggi UMNO Tajuddin Abdul Rahman memorandum berkenaan gagal selepas Mohamad Hasan membelot daripada ketetapan yang telah dipersetujui. Iaitu setelah Mohamad Hasan di gertak oleh Pegawai Kanan atau setiausaha politik Zahid Hamidi.
Menurut Tajuddin lagi, bekas Perdana Menteri Najib Razak juga belot saat akhir.
Usaha menjatuhkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO tidak hanya dipersetujui oleh pemimpin tertinggi UMNO tetapi juga disokong oleh 130 Ketua Bahagian UMNO di seluruh Malaysia.
Walaupun usaha itu gagal tetapi Tajuddin tetap bertegas supaya Zahid Hamidi berundur secara terhormat ini kerana Zahid tidak mampu memimpin UMNO banyak keputusannya yang berbolak balik atau menipu ahli. Justeru itu Zahid Hamidi adalah liabiliti kepada UMNO.
Soal berjaya atau tidak menurunkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO itu bukan isunya.
Isunya UMNO ada rancangan menjatuhkan Presiden mereka dan ia dipersetujui oleh Timbalan Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. Titik!
Sebaiknya Zahid fokus pada kes mahkamah yang sedang di hadapi. Fokus dulu itu, itu yang terbaik. Kita doakan yang terbaik, begitu pernyataan Tajuddin.
Satu satu keburukan UMNO terbongkar dan yang membongkarnya adalah pemimpin UMNO itu sendiri. Tapi masih ada Ahli UMNO yang sengaja tidak percaya? Habis itu mahu percaya pada siapa lagi? Hantu raya kah! Hahaha
Bukan hanya tidak percaya pada pendedahan ini malah Tajuddin dicerca seolah olah tidak pernah berjasa kepada UMNO dan Tajuddin telah melanggar hukum Allah.
Percayalah kamu Tuhan tidak akan lagi mengizinkan UMNO menjadi kerajaan akibat terlalu banyak kejahatan atau pembohongan yang telah dilakukan oleh pemimpin pemimpin UMNO.
Siapa yang tidak percaya pada pendedahan ini, itu maknanya mereka adalah totok dan dedak UMNO dan itu juga namanya membodohkan diri sendiri.
1 komen