Adun Kukusan Keluar Warisan Sertai Parti Harapan Rakyat Sabah (HR)

Tengah hari tadi sewaktu memulakan kerja harian, admin terbaca beberapa post dalam satu grup politik.

Dakwanya Tawau akan bergegar. Admin pun terkial kial apa sebenarnya yang bergegar. Ada kah gempa bumi akan terjadi atau mungkin kah ada pencerobohan dari negara jiran menyebabkan Tawau bergegar.

Ternyata yang dimaksudkan bergegar ialah Adun Kukusan, Rina Jainal keluar meninggalkan parti Warisan dan menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (HR).

Parti Harapan Rakyat Sabah ni kalau tidak silap pro Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Ini kerana Presiden parti ini adalah arwah Datuk Lajim Ukim yang telah pun menyertai Parti Bersatu.

Pada Yb Rina Jainal jangan kamu kisah dengan tohmahan laskar Warisan yang akan mengeji anda dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Hakikatnya rakyat menuntut seorang pemimpin yang berjiwa besar demi pengundi di kawasan mereka.

Sebagai wakil rakyat, tapi tidak mampu mengubah keadaan pengundi atau paling tidak menjadi tempat berpaut dan berkeupayaan menyelesaikan masalah pengundi. Jadi apa gunanya sebagai wakil rakyat. Lain lah kalau pengundi di kawasan berkenaan memang tidak ada harga diri, mungkin lah kot.

Tahniahlah admin ucapkan. Mari kita sama menyingkirkan petualang yang telah sekian lama merosakkan kekayaan dan keharmonian Sabahan.

Sebelum ini Adun Sebatik, kedua Adun Segama, tidak lama selepas itu Adun Sindumin, disusuli Adun Melalap bersama Adun Limbahau terakhir Adun Kukusan. Setakat ini enam orang sudah wakil rakyat meninggalkan Warisan itu sendiri.

Adun Sindumin yang paling lucu, mulanya keluar parti kerana menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Tapi baru baru ini menyatakan menyokong UMNO, walhal tidak tu dia mendapat kemenangan dalam dua pilihan raya kalau tidak menjadikan UMNO sebagai bahan kempen Warisan.

#GRS #SabahMajuJaya

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: