PSS Versi Warisan Berbeza Dengan PSS Versi STAR

Mari kita nilai PSS versi STAR dari luar konteks Bajau Suluk. Bajau Suluk adalah modal terbesar laskar Warisan untuk dinafikan kehadiran mereka, walhal  Presiden Warisan itu sendiri dikatakan dilahirkan disana.

Saya tidak dapat pastikan sejauh kebenarannya, yang  Shafie dilahirkan di Tawi Tawi. Tapi yang jelas isteri Shafie itu bukannya orang Sabah dan anak anaknya  tidak ada yang kahwin dengan orang Sabah.

Sebab itulah laskar Warisan mengedit video dibawah, supaya Jeffrey Kitingan dinilai cakap tidak serupa bikin. Ini kerana semasa menjadi pembangkang STAR menolak kehadiran PTI tapi bila menjadi kerajaan ada pula cadangan memutihkan PATI.

Suka admin tekankan disini bahwa STAR bukannya parti anti Bajau Suluk seperti yang didakwa oleh jentera Warisan yang berbangsa Bajau Suluk. Buktinya STAR mencadangkan pemberian status kewarganegaraan kepada pemegang IMM13.

Benar, kerajaan Warisan ada memperkenalkan program pemutihan yang dikenali sebagai PSS atau Pas Sementara Sabah. Namun ditentang oleh STAR selaku pembangkang.

Namun demikian STAR ada alasan tertentu kenapa mereka menentangnya. Antara lain kerana PSS versi Warisan tidak diberikan penjelasan yang cukup hingga mendatangkan kekeliruan pada banyak pihak.

Contohnya.

Timbalan Menteri KDN Aziz Jamman waktu itu menjelaskan pemegang PSS boleh menukar status kewarganegaraan. Dalam masa yang sama tersebar penjelasan bahwa pemegang PSS tidak boleh menukar memohon kewarganegaraan Malaysia. Mana satu yang betul ni!

Oleh kerana itu STAR menolak perlaksanaan PSS.

Berbeza dengan PSS versi STAR ia agak harmoni dan berperikemanusiaan. PSS kali ini tidak mengatakan semua pemegang PSS boleh menukar kewarganegaraan. Hanya pemegang IM13 yang boleh membuat permohonan.

One thought on “PSS Versi Warisan Berbeza Dengan PSS Versi STAR

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading