GRS Menyatukan Sabahan, Warisan Yang Merosakkan Perpaduan dan Kekuatan Politik Sabah

Presiden Parti Warisan Shafie Apdal mendakwa kononnya gabungan parti politik tidak membawa kepada penyatuan rakyat sebaliknya hanya dijadikan landasan untuk kepentingan pihak tertentu.

Sebarang gabungan parti tidak kononnya membawa erti jika bertujuan untuk mencukupkan jumlah sokongan pemerintah.

Ini kes cemburu lah ni, Presiden Warisan Shafie tidak lagi mampu menahan rasa kecemburuannya terhadap kesatuan pemimpin-pemimpin negeri Sabah dan rakyat Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru saja semalam dirasmikan oleh Ketua Menteri Kerajaan GRS, Datuk Hajiji Noor.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga pada pendapat Shafie menggambarkan politik negara ini tidak matang. Sebab kononnya andai kehendak satu parti yang bergabung itu tidak ditunaikan maka kerajaan akan bertukar.

Helo Shafie cara apa lagi yang berkesan bagi menyatukan pemimpin pemimpin tempatan di negeri ini selain berada di bawah satu bumbung atau digelar Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Bukan kah cara ini dapat menyatukan rakyat Sabah, namanya juga gabungan rakyat Sabah. Jadi tentang mana pula rakyat Sabah ini akan berpecah?

Kenapa pula perjuangan yang berprinsipkan kerjasama dikatakan tidak matang berbanding parti yang enggan bekerjasama malah sanggup melakukan apa saja demi kuasa, yang menganggap dirinya matang ni.

DAP sanggup menggunakan logo Warisan pada pilihan raya negeri Sabah 2020. Sebab DAP tahu Warisan akan sanggup menggadaikan apa saja termasuk hak bumiputera demi kuasa politik. Namun kalah, hasil lainnya DAP menerima kesan negatif sokongan di peringkat akar umbi cukup terjejas hingga DAP memutuskan tidak lagi bekerjasama dengan Warisan. Ini bukan namanya perpecahan?

Kerajaan Warisan dibentuk melalui “kerjasama” parti yang memenangi dalam pilihan raya umum 2018. Bukan kah “kerjasama” itu telah menyebabkan perpecahan dikalangan pemimpin dan rakyat Sabah. Ironinya sehingga hari ini UPKO masih bergelut untuk bangkit, buktinya hanya berjaya memenangi satu atau dua kerusi DUN pada pilihan raya negeri Sabah 2020. Akibat termakan racun Warisan.

Sebaliknya GRS di rangka berlandaskan prinsip keadilan dan kemanusiaan. Baca dua link di bawah.

Shafie pun tahu tu di Malaysia ini, Sabah adalah negeri yang paling banyak parti politik, termasuk parti sebelum dibeli oleh Shafie menjadi parti Warisan.

Bayangkan kalau parti parti yang bertaburan ini tidak disatukan melalui gabungan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Sarawak sana, apa akan berlaku pada Sabah kelak, pasti akan terus bertuhankan UMNO khususnya mereka yang tidak ada semangat kenegerian tapi lebih mengutamakan wang ringgit dan berharap kiranya sistem pentadbiran rosak akibat perebutan kuasa, agar mudah bagi mereka merata hak dan kekayaan negeri ini.

Pemimpin pemimpin GRS tidak mengamalkan taktik pecah dan perintah seperti amalan Warisan atau Shafie itu sendiri, kerana taktik ini menyebabkan banyak keluarga bermusuh sesama sendiri. Seperti contoh Warisan akan memecahkan dominan seseorang dalam komuniti atau keluarga tertentu dengan memberikan janji atau dedak sehinggalah komuniti itu terbahagi kepada dua bahagian.

Jadi pada Warisan sebelum menilai orang lain ambil dulu cermin tu jangan sampai apa yang dikatakan hanya akan menggambarkan diri sebenar.

Awal kemunculan Warisan, disebarkan Warisan tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti dari Semenanjung. Tahu tahu muncul gabungan yang dikenali Warisan Plus malah bertanding pula di Semenanjung. Apa ini tidak menyebabkan perpecahan kerana rakyat merasa telah ditipu?

Jadi dengan kewujudan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyatukan rakyat dan pemimpin pemimpin Sabah bukan sebaliknya. Bukan kah Warisan hampir hampir merosakkan struktur rakyat Sabah. Shafie tahu tu apa yang admin maksudkan ini.

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: