
Benar Presiden parti KDM, Peter Anthony telah disabitkan bersalah di Mahkamah tetapi masih boleh membuat rayuan oleh itu permohonan partinya untuk menyertai GRS tidak terjejas.
Begitu pernyataan setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun.
“Saya ingat kita hormati prosiding undang-undang, seperti kita tahu dalam proses undang-undang, dia (Peter) masih ada dua peringkat untuk merayu. Jadi atas andaian itu, peluang beliau untuk tidak disabitkan kesalahan masih terbuka luas.
“Kita tidak mahu membuat tanggapan negatif hanya kerana dia telah disabitkan kesalahan di peringkat awal,” katanya selepas pelancaran GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini.
Semoga yang mempersoal keberadaan parti KDM itu bukan pemimpin UMNO dan pemimpin Warisan. Sebab kalau kita buat nisbah kesalahan antara Peter Anthony aka parti KDM dan pemimpin UMNO atau parti UMNO nah macam tu langit dengan bumi. Tapi tetap saja pemimpin UMNO yang terpalit dipertahankan dan berharap mereka akan mendapat kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Ketua Menteri.
Jenayah pemimpin UMNO tersohor hingga ke peringkat antarabangsa dan melibatkan keluarga mereka, tidak kiralah apa dia Najib dalam kes 1MDB mahupun Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akal Budi dan kontrak visa pekerja asing.
Begitu juga dengan timbalan ketua menteri Sabah, Bung Mokhtar.
Pegawai penyiasat SPRM semasa menjawab pertanyaan pihak pendakwa di Mahkamah, berkata bahawa isteri Bung telah mengaku menerima wang suapan dari pelabur dan pengakuan itu dirakam semasa dalam siasatan.
Berbanding kes yang menyebabkan Peter Anthony disabitkan bersalah di Mahkamah baru baru ini. Tidak ada seorang pun anak isteri Peter yang terlibat dan disiasat.
Kalau yang mempersoal itu pemimpin dan penyokong Warisan pula. Nah baik mereka bertanya terlebih dahulu pada Presiden parti Warisan, Shafie Apdal. Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Peter Anthony dan siapa dibelakangnya. Lepas itu tanya wang dari mana, digunakan untuk menjalankan parti Warisan selama ini.
Tidak ada parti yang paling buruk dan busuk di muka bumi ini selain UMNO. Sebab itu kalau diikut mereka tidak layak mempersoal integriti dan kredibiliti mana mana pihak politik. Penyokong PAS pernah mendakwa UMNO adalah parti Yahudi.