Agenda GRS : Sayangi Sabah

Dengan penubuhan GRS sebagai entiti politik rasmi, pelaksanaan Agenda Sayangi Sabah akan ditambah nilai melalui empat teras perjuangan GRS yang meliputi:

  • Pertama, Sabah First iaitu Sabah Diutamakan
  • Kedua, Sabah Forward atau Sabah Melangkah ke Hadapan
  • Ketiga, Sabah Prosper memaknai Sabah Maju Jaya; dan
  • Keempat, Sabah United yakni Sabah yang Bersatu

Sabah First adalah teras perjuangan yang melibatkan matlamat serampang dua mata; iaitu bukan sahaja kita meletakkan hak dan kepentingan Sabah pada unjuran teratas, tetapi juga misi untuk menganjak status Sabah pada kedudukan teratas dalam pelbagai aspek pembangunan. Sabah First tidak bermaksud bahawa kita mengetepikan kepentingan nasional, namun sebagai wadah tempatan, amanah dan tanggungjawab besar kita adalah memperjuangkan kepentingan negeri sebagai keutamaan nombor satu. Kita yakin dan percaya, sebagai salah satu komponen penting negara, matlamat membina Sabah yang lebih maju dan berjaya perlu diangkat sebagai agenda nasional demi menjamin kemakmuran dan kelestarian Persekutuan Malaysia.

Sabah Forward adalah penting untuk membentuk pemikiran, menghalakan perspektif dan memimpin tindakan kita secara strategik dan berfokus dalam membawa Sabah Melangkah ke Hadapan, membina masa depan negeri. Perjuangan ini adalah satu perjalanan panjang yang kita warisi daripada barisan pelopor pejuang terdahulu. Kita berdiri di atas amanah dan pertanggungjawaban itu. Kita harus memastikan setiap langkah yang diatur memacu kita ke hadapan menuju destinasi kemajuan dan kemakmuran.

Sabah Prosper yang dimaknai dengan kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan serta menjayakan Agenda Sayangi Sabah melalui pelan pembangunan negeri iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.  Kita sedar, melihat kepada penerimaan rakyat kepada hala tuju yang bersandarkan kepada slogan jata negeri ini, ada pihak yang cuba mewujudkan persepsi negatif dengan mengetengahkan isu-isu tertentu untuk menafikan signifikasi Hala Tuju SMJ. Realitinya, saya yakin mereka menyedari bahawa isu-isu itu adalah juga legasi yang mereka sendiri gagal tangani. Kita perlu istiqamah dan tidak membiarkan tindakan bermotifkan kepentingan politik sempit ini membawa kita lari dari landasan serta fokus dalam menggerakkan pelan pembangunan ini.

Kejayaan segala usaha yang kita lakarkan menuntut sokongan dan dokongan semua pihak. Sabah memerlukan persekitaran yang stabil dan kondusif untuk mencapai kemajuan. Dalam menggerakkan teras perjuangan mengutamakan Sabah, membawa Sabah melangkah ke hadapan dan membina Sabah yang maju jaya memerlukan kewujudan kesatuan rakyat Sabah. Atas sebab itu, perjuangan Sabah First, Sabah Forward dan Sabah Prosper harus bergerak seiring bersama perjuangan Sabah United iaitu mewujudkan Sabah yang bersatu sebagai teras yang keempat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: