
Adun Sindumin, Yusof akan menyertai UMNO. Pemakluman secara rasmi akan diumumkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar dalam tempoh yang terdekat.
Yusof memenangi Adun Sindumin atas tiket parti Warisan dan memenanginya sebanyak dua kali, pertama dalam pilihan raya umum 2018 dengan majoriti 760 undi dan kedua pada pilihan raya negeri Sabah 2020 mendapat hanya 424 undi majoriti.
Perlu diketahui UMNO adalah musuh tradisi parti Warisan baik di peringkat Sabah mahupun di peringat nasional.
Antara sentimen yang dimainkan oleh parti Warisan hingga Yusof mendapat kemenangan ialah UMNO adalah parti Malaya yang telah lama mengikis kekayaan Sabah justeru itu perlu ditolak.
Hari ini Yusof berada dibawah bumbung bersama pemimpin dan laskar UMNO. Pertanyaannya sentimen apa pula yang akan dimainkan oleh Yusof pada pilihan raya yang akan datang. (Itupun kalau di calonkan)
Hakikatnya ini adalah berita baik untuk GRS, khususnya Bersatu, dimana selepas ini tidak ada lagi halangan bagi Bersatu untuk meletakkan calon mereka di DUN Sindumin kelak.
Sepatutnya Yusof menyertai Bersatu atau mana mana parti dalam komponen GRS barulah nampak dia tu seorang doktor yang cerdik. Bukan malah menyertai parti yang menjadi punching bag parti Warisan dan kebanyakan parti tempatan Sabah.
Yusof ni ibarat pemimpin atau AJK kepada parti tempatan tapi membela parti UMNO. Bukan kah itu menunjukkan ada ciri ciri picisan, picisan dari segi kepimpinan atau pengaruh dan picisan dalam percaturan politik. Macam orang yang tidak ada nilai politik, ada tidak ada sama saja tapi berlagak lantang macam tin kosong yang berkarat. Padan pun undi majoritinya setakat nyawa nyawa ikan.