Tajuddin Mentah, Tidak Beradab, Sifar Kemahiran Tidak Layak Sebagai Duta

Dalam erti kata lain Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tajuddin seorang pemimpin yang tidak ada kelayakan hingga sesuai diangkat sebagai duta Malaysia ke Indonesia.

Tajuddin seorang yang lemah, tidak beradab dan sifar kemahiran hidup yang diperlukan.

Tidak ada kemahiran apanya, Tajuddin seorang pesilat burung gagak yang hebat kok itu. Hahaha!. Silap betul si Dennis ni.

Mesti ada kesan nyata berhubung pelantikan Tajuddin pada negara Indonesia. Lebih kurang beginikah, kita tahu anak muda negara Indonesia itu mudah menunjukkan perasaan jalanan jika mendapat tahu ada dikalangan Menteri yang di dakwa di Mahkamah kerana rasuah. Selain akibat peraturan yang cuba dikuatkuasakan di peringkat rakyat.

Nah bukankah Tajuddin ada tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah?

Ingat pesanan ni, cara negara luar bersaing dengan Malaysia ialah memberikan sokongan penuh pada pemimpin kerajaan yang bermasalah. Dengan demikian menyebabkan Malaysia tidak lagi stabil hingga terjadi krisis ekonomi, bila mana pelabur luar takut dan tidak lagi melabur di Malaysia.


Kredit siapa yang edit gambar ni

PETALING JAYA: Putrajaya meletakkan Indonesia pada “kedudukan sukar” susulan lantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar ke republik itu, kata bekas diplomat.

Dennis Ignatius, hari ini, yang mengkritik pelantikan Tajuddin berkata, tiada negara akan menerima orang seperti ahli Parlimen Pasir Salak sebagai duta, selain menyifatkan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu sebagai “mentah, tidak beradab dan sifar kemahiran diperlukan”.

“Memandangkan hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia, sudah pasti sukar kepada Indonesia untuk mengatakan tidak,” katanya kepada FMT.

Ignatius, diplomat veteran yang berkhidmat selama 36 tahun, beranggapan Indonesia, yang berperanan sebagai rakan bilateral Malaysia paling penting, “layak mendapat lebih baik”.

Awal hari ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan pelantikan Tajuddin dengan menggambarkan beliau sebagai “orang politik lama dan berpengalaman”.

Ismail juga berkata, pelantikan itu sudah dipersetujui Presiden Indonesia Joko Widodo.

Ignatius ketika mengulas lanjut berkata, beliau tidak bersetuju dengan idea hanya pegawai rasmi sahaja sepatutnya dilantik sebagai duta. Namun sama ada pelantikan itu membabitkan ahli politik atau pegawai rasmi, individu itu perlu melaksanakan tanggungjawab dan fungsinya dengan sempurna, termasuk mempunyai profesionalisme tahap tertinggi.

“Tajuddin tidak menepati piawaian ini. Adalah jauh lebih baik melantik pegawai rasmi bagi jawatan itu.”

Beliau berkata, mengecualikan beberapa individu tertentu, ahli politik yang dilantik sebagai duta “kebiasaannya tidak menunjukkan prestasi atau mampu melaksanakan tugas.”

Katanya, pegawai di bawah mereka akhirnya yang melakukan semua kerja, selain menambah bahawa ahli politik yang bertukar menjadi diplomat sangat janggal untuk komited melaksanakan tugas.

“Ia menjadi lantikan bagi percutian yang ditanggung wang pembayar cukai.”

Pelantikan Tajuddin sebagai duta besar mencetuskan kritikan baik daripada ahli politik mahu pun diplomat, dengan kritikan terbaharu daripada Ignatius, yang melabelkan lantikan itu sebagai “memalukan” dan “merendahkan martabat pelantikan”.

FMT

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: