Wang Tambahan Sabah RM125.6 Juta Diguna Bina Rumah Mesra Rakyat – KM Hajiji

Inilah apa yang dipanggil sebagai komitmen sebuah kerajaan negeri yang prihatin. Baru kali ini rakyat Sabah memiliki kerajaan yang benar benar berusaha untuk menyejahterakan rakyat bumiputera.

Wang atau dana yang berjaya di kumpul atas usaha kerajaan negeri, baik dari penghasilan secara langsung atau melalui tuntutan terhadap kerajaan persekutuan berdasarkan perjanjian Malaysia 1963 akan dipulangkan terus kepada rakyat. Syabas kerajaan Sabah, benar benar Sabah Maju Jaya.

Pada kerajaan Persekutuan UMNO berhentilah berpura pura sampaikan kamu tidak melakukan kebaikan kepada rakyat Sabah, andai tidak dapat mempopularkan UMNO.

Ingat Petronas itu tidak wujud tanpa pemimpin dari Borneo atau Sabah dan Sarawak. Ladang sawit terbesar di Malaysia juga terletak di Sabah. Begitu juga dengan sumber pendapatan dari sektor pelancongan, Sabah kalau tidak silap menyumbang sehingga RM4 bilion setahun pada Persekutuan.


Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menantikan kadar pemberian khas Persekutuan kepada Sabah agar terus dipertingkatkan atau ditambah bagi membolehkan inisiatif berorientasikan rakyat dapat dilaksanakan.

“Hari ini saya ingin memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa tambahan hasil negeri yang diperoleh melalui kenaikan pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta itu kita kembalikan terus kepada rakyat.

“Wang itu akan digunakan untuk membina 1,500 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu kerajaan negeri di bawah Hala Tuju SMJ yang berkonsepkan program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di peringkat Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Sabah yang dilancarkan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

“Begitu banyak kemajuan telah mula dicapai, terbaharu persefahaman antara kedua-dua pihak pada 14 April lalu yang telah membawa kepada langkah pertama penyelesaian kajian semula kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jelajah AKM ini bertepatan dengan strategi kerajaan negeri sebagaimana yang dilaksanakan baru-baru ini melalui Showcase Setahun Halatuju SMJ yang juga berlangsung di SICC,” katanya.

Hajiji turut mencadangkan kerjasama negeri dan Persekutuan untuk menggabungkan program AKM dan Hala Tuju SMJ di peringkat akar umbi di Sabah.Beliau berkata konsep inisiatif kerjasama itu adalah mini karnival yang akan diadakan di setiap bahagian atau daerah di negeri ini secara berperingkat.

“Program ini penting agar kita dapat menyemarakkan dan merakyatkan kedua-dua agenda kerajaan ini secara seiring dan meluas di peringkat akar umbi,” katanya.– BERNAMA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: