Petronas Adalah Idea Pemimpin Borneo – Ku Li

Rupanya yang mencadangkan penubuhan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) adalah pemimpin Borneo atau Sarawak, Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub. Begitu juga dengan cadangan bayaran 5% bukan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak.

Bukan royalti minyak tapi agihan keuntungan dari Petronas (peringkat awal)

Hari ini 5% itu dikenali sebagai royalti minyak. Sedangkan yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 adalah 40%.

Hakikatnya kerajaan negeri Sabah tidak bersetuju dengan cadangan royalti minyak 5%. Menyebabkan berlaku pergeseran diantara Federal atau Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Ketua Menteri Sabah Tun Mustapha pada ketika itu.

Pergeseran itu memaksa UMNO menubuhkan parti Berjaya yang bertujuan untuk menumbangkan parti USNO atau kerajaan Sabah semata-mata. Bila kerajaan USNO berjaya ditumbangkan barulah 5% yang dicadangkan oleh Persekutuan direalisasikan sehinggalah hari ini.

Ternyata yang menubuhkan Petronas dalam erti kata yang sebenarnya ialah pemimpin daripada Borneo bukannya pemimpin UMNO. Jadi pada rakyat Borneo kita harus berbangga dengan sejarah ini, terbukti pemikiran pemimpin pemimpin daripada Sabah Sarawak sangat-sangat tajam dan jauh ke hadapan atau dalam bahasa mudahnya sangat-sangat wisdom. Bukan kaleng kaleng juga oh.

Benarlah gurauan sesetengah pihak bahawa sepatutnya Sabah dan Sarawak telah lama menjadi negeri maju sekiranya UMNO bersikap adil ke atas Sabah. Tapi ini tidak semua mereka kawal, macam minda penjajah walhal cakap besar saja, habuk pun tidak ada tanpa hak orang lain yang mereka rompak. Tidak hairanlah kenapa akhirnya pemimpin pemimpin Sarawak mengharamkan UMNO beroperasi di bumi Sarawak.

Maklumat diatas berdasarkan kenyataan seorang pemimpin UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang mendedahkan sejarah kewujudan Petronas, semasa ditemu bual sempena ulangtahun UMNO yang ke 74.

Masa itu Ku Li adalah pengerusi Pengasas dan ketua eksekutif Petronas. Jadi tidak hairanlah Ku Li tahu perjalanan Petronas sejak daripada awal. Menurut Ku Li, sekarang Petronas mampu menjana pendapatan sehingga 3 trilion dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

Hari ini Petronas menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Selepas ini tidak usahlah pemimpin UMNO berlagak atau terlebih bangga pada Petronas. Seperti mana UMNO berbangga pada Felda, hanya kerana Felda adalah idea bapa Najib. Felda yang dicadangkan waktu itu untuk diteroka bukannya seperti Felda yang pada hari ini total swasta. Di Sabah berapa kerat sangat Felda yang menjadi milik Peneroka?

Ladang Felda swasta yang paling besar di Malaysia pun terletak di Sabah atau Borneo.

Tidak timbul Petronas telah diwartakan sebagai harta negara kecuali Petronas bersetuju memulangkan 40% dari cukai pendapatan atau hasil minyak kepada Sabah.

Jadi selepas ini tidak usahlah Kerajaan Persekutuan atau UMNO teragak-agak untuk membayar 40% cukai hasil pendapatan Sabah seperti mana tuntutan kerajaan Sabah, GRS. Apa lagi 40% adalah angka yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963. Bukan wang UMNO juga, malulah sikit oiii. Sampai bila jadi penyangak?

One thought on “Petronas Adalah Idea Pemimpin Borneo – Ku Li

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: