Bukan Presiden UMNO Yang Tentukan Ku Li Bertanding Pada Pilihan Raya – Ku Li

Ini barulah betul sebagai seorang pemimpin veteran. Apa kaki juga Zahid ohhhh…… Hemmm!

Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menegaskan bukan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang menentukan dia bertanding atau tidak di pilihan raya yang akan datang, tetapi ditentukan oleh ahli UMNO atau penyokong di peringkat akar umbi.

Sebelum ini UMNO menerusi Setiausaha Agong UMNO, Ahmad Mazlan ada membuat kenyataan berhubung pertemuan Ku Li dengan pemimpin Parti Amanah Kelantan.

Katanya sebarang tindakan terhadap Ku Li perlu mendapat pandangan pimpinan tertinggi parti sebelum dipersetujui oleh ahil Majlis Tertinggi UMNO.

Ku Li adalah wakil rakyat atau ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

Presiden apa juga bha Zahid tu kalau dia sendiri dibicarakan mahkamah kerana salah guna kuasa. Tidak layak sudah kok itu untuk dihormati, tapi pelik juga masih ada yang sanggup bodoh demi mempertahankannya. Macam tidak ada sudah orang lain dan lebih berkelayakan, Ku Li sendiri ada kelayakan baik dari segi pendidikan mahupun nama bersih dan sudah tentu jasanya pada negara.

Hakikatnya tanpa Zahid Hamidi pun boleh saja UMNO terus beroperasi, walaupun tidak ada yang boleh menafikan hari ini sambutan UMNO di Sabah semakin hari semakin suram.

Hari ini rata rata Sabahan anti UMNO.

Ku Li pun tahu lah tuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh Najib dan Zahid jadi mustahil Ku Li menghormati mereka. Sebab itulah Ku Li berani membuat pertemuan dengan Parti Amanah tanpa pengetahuan UMNO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: