Isteri Bung Mokhtar Akui Terima Wang Sogokan FELCRA RM2.8 Juta

Macam mana UMNO mampu bertahan di negeri Sabah. Kalau isteri Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Mokhtar sendiri terang-terang mengaku telah menerima wang sogokan sebanyak RM2.8 juta.

Begitu mudah membuat pengakuan seolah olah rakyat Sabah ini taksub pada mereka atau UMNO. Hemmm!

Saksi pendakwaan Mohd Haris Ibrahim seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM memberitahu mahkamah sesyen bahawa isteri Bung Mokhtar pernah memaklumkan ada menerima wang RM2.8 sebagai imbuhan setelah memperkenalkan FELCRA kepada pelabur Unit Amanah Public Mutual.

Pengakuan isteri Bung Mokhtar itu telah dirakam oleh SPRM, semasa membuat siasatan.

Namun suami isteri itu masing masing mengaku tidak bersalah.

Macam mana ya, walaupun telah mengaku atau kantoi menerima wang sogokan daripada FELCRA tapi boleh pula menukar pengakuan, tidak bersalah. Macam kluster 1MDB juga ni. Hahaha!

Orang Sabah, kamu masih menyokong kepimpinan yang kantoi seperti ini kah, sedangkan Sabahan sendiri rata rata sekadar hidup?


KUALA LUMPUR – Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad pernah memaklumkan ada menerima wang RM2.8 juta kerana bertindak sebagai ‘orang yang memperkenalkan’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Saksi pendakwaan ke-27, Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata demikian ketika perbicaraan kes rasuah pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual, yang dihadapi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mohd Haris berkata, isteri Ahli Parlimen Kinabatangan itu mendedahkan perkara berkenaan ketika merakam percakapannya bagi membantu siasatan kes rasuah suaminya pada Julai 2016.

Menurutnya, wang berkenaan diterima daripada saksi pendakwaan ke-25, ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar.

“Saya tidak tahu sama ada Norhaili dan seorang lagi ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid berada dalam tekanan ketika memberi percakapan bagi membantu siasatan.

“Tetapi saya tahu mereka dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah ini,” katanya.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, saksi itu berkata, percakapan Norhaili dan Madhi dirakam sebanyak enam kali.

Katanya, merakam percakapan pasangan suami isteri itu dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta SPRM 2009 kerana pada 2017 tiada sebarang tangkapan dibuat.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette, 44, di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette, atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan bersambung 17 Mei ini.

Sinar Harian

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: