Jafry Ariffin Kau Tu Yang Patut Tinggalkan UMNO Jangan Selamanya Jadi Badut

Bila KMDR UMNO aka badut UMNO berkata kata maka yang hanya kita rasakan adalah sebaliknya iaitu minta nafsu dan kegagalan mereka dilupakan agar mereka tetap berada di dalam kuasa, sedangkan tidak memperjuangkan hak hak Sabah seperti yang sedang diperjuangkan oleh GRS hari ini.

Ironinya BN atau sebenarnya UMNO enggan terlibat secara langsung dengan GRS sebaliknya hanya ingin dikenali sebagai GRS dan BN. Nampak tak?

GRS yang diketuai oleh Bersatu tidak hanya memperjuangkan hak hak Sabah tapi juga berusaha keras menjadikan Sabah setanding dengan negeri negeri lain di Semenanjung walaupun tidak memiliki sumber alam seperti mana Sabah dan Sarawak.

Tidak tamak kah, kalau pemimpin UMNO yang sudah kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah tapi tetap ingin di angkat sebagai Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah? apa faedahnya menyokong parti yang jelas mempertahankan pemimpin pemimpin UMNO seperti itu?

Kamu tidak lihatkah belum pun UMNO berkuasa penuh tetapi elit elit UMNO yang lupa diri hingga UMNO kecundang pada Pilihan Raya Umum yang lalu, hari ini balik menduduki dan menguasai keadaan. Jadi ingat itu, jangan hanya pandai makan hati sendiri tapi tidak berani menunjukkan jalan keluar pada mereka.

Sebelum ini Setiausaha UMNO Sabah Jafry Ariffin berkata adalah lebih baik PPBM, Bersatu Sabah menyertai balik UMNO dari mewujudkan parti baru. Parti baru yang dia maksudkan ni ialah GRS. Itu pun menurut si Jafry sekiranya mereka menyertai balik UMNO maka mereka akan dikenakan syarat.

Jangan celupar dan jangan berlagak cerdik kau Jafry, tengok dahi pun Sabahan sudah tahu takat mana level mu.

Jelas tertulis UMNO itu parti untuk bangsa Melayu dan kau itu orang Melayu kah? Berbeza dengan PPBM, tertulis Parti Pribumi Bersatu Malaysia dimana semua golongan Bumiputera layak untuk menyertai parti ini.

Admin ingin bertanya ni dimana sudah janji UMNO Sabah ke atas perjanjian Malaysia 1963.

Borneonisasi versi UMNO didendangkan semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 tetapi bila UMNO berjaya menumpang kemenangan melalui Perikatan Nasional. Borneonisasi yang mereka jadikan umpan, hari ini ibarat rumah usang yang dibiarkan. Inilah munafiknya UMNO ni.

Rakyat Sabah tahu, UMNO tempat berkumpulnya golongan individu dan bangsa yang oportunis bukan hanya itu tetapi sebenarnya tidak ada kelayakan baik dari segi akademik mahupun keberadaan mereka sebagai orang Sabah. Ironinya golongan seperti ini yang disukai oleh UMNO Malaya, sebab mereka sedar golongan ini mudah di perintah walaupun akan merosakkan struktur negeri dan masyarakat asal Sabah itu sendiri

Kau Jafry Ariffin mungkin lupa atau buat buat tidak tahu. Hakikatnya 99% wakil wakil UMNO yang mengalihkan sokongan kepada Bersatu, berjaya mengekalkan kemenangan mereka pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020. Jangan juga dia lupa parti atau pihak mana yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Warisan kalau bukan Bersatu atau Perikatan Nasional ataupun hari ini dikenali sebagai GRS.

UMNO tidak terlibat menumbangkan kerajaan Warisan pun. Malah UMNO tidak berani menamakan Bung Mokhtar selaku Ketua UMNO Sabah sebagai calon Ketua Menteri pada Pilihan Raya Negeri 2020. Menunjukkan UMNO tahu dan sedar majoriti rakyat Sabah sudah menolak UMNO.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: