Kritikan Terhadap Badan Kehakiman Agak Keterlaluan, Kata Ketua Hakim Negara

Hanya satu yang admin boleh katakan, gara gara pemimpin UMNO yang TERBUKTI mencuri wang rakyat di Mahkamah iaitu Najib Razak dalam skandal 1MDB atau SRC hingga di jatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit Malaysia.

Maka apa pun cara termasuklah merosakkan sistem kehakiman akan di jalankan walaupun akhirnya akan menghapuskan kepercayaan rakyat dan masyarakat antarabangsa ke atas sistem kehakiman Malaysia itu sendiri.

Skandal 1MDB atau SRC tidak hanya dibicarakan di Malaysia tapi juga di Amerika dan terbukti dari kuncu kuncu Najib dalam skandal itu iaitu Roger Ng telah pun didapati bersalah seperti mana Najib Razak di Malaysia.


Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata meskipun hakim tertakluk kepada kritikan awam dan memikul tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik namun tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap mereka serta badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan.

Beliau berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.

Katanya sejak kebelakangan ini, mahkamah telah menangani kes berprofil tinggi serta membabitkan kepentingan awam dan sudah menjadi lumrah buat hakim untuk menerima kritikan serta tuduhan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.

Bagaimanapun, Maimun berkata apa yang berlaku baru-baru ini berhubung tuduhan dilemparkan terhadap hakim dan badan kehakiman, pada pandangan beliau, adalah agak keterlaluan.

“Apabila wujud keperluan untuk mengkritik badan kehakiman, perkara ini hendaklah dibuat secara membina dan tidak menjejaskan kebebasannya serta keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman,” katanya ketika berucap pada majlis angkat sumpah 17 pesuruhjaya kehakiman yang disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi.

Maimun berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya menyemai benih-benih keraguan dalam kalangan orang ramai berhubung integriti badan kehakiman atau hakim.

Beliau berkata hakim tertakluk kepada penelitian yang rapi dan sebab itulah mereka menulis penghakiman agar ia boleh dibaca, dianalisis, dibincang serta dibahaskan.

Katanya badan kehakiman adalah barisan pertahanan terakhir dalam demokrasi berperlembagaan dan tidak boleh ada syak wasangka bahawa ia telah ditakluki.

Maimun berkata hakim tidak seharusnya berputus asa dan berasa tawar hati apabila melaksanakan tugas mereka mengikut prinsip undang-undang sambil menambah bahawa sistem keadilan dan kebebasan badan kehakiman tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan.

“Walau apapun, kita mesti kekal kuat dan tabah serta teguh dalam mendukung Kedaulatan Undang-Undang. Meskipun kita tidak boleh mengawal kata-kata atau tindakan sesetengah pihak yang nekad untuk mencemari atau memusnahkan imej badan kehakiman, kita masih berhak memastikan bahawa tiada siapa pun yang mencampuri urusan kita. Dalam kata lain, tiada siapa bole campur tangan dalam badan kehakiman jika kita para hakim tidak membenarkan perkara itu berlaku,” katanya.

Baru-Baru ini, Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendengar kes Najib Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan bherkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd,  telah membuat laporan polis berhubung artikel berita mendakwa beliau telah disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 April lepas memaklumkan bahawa Nazlan menafikan dakwaan palsu, tidak berasas dan berniat jahat itu yang bertujuan menjejaskan kerdibiliti beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.

Badan kehakiman turut membuat laporan polis berhubung dakwaan wujud konspirasi antara Maimun dan pemimpin politik untuk mempercepat perbicaraan serta hukuman terhadap Najib dan bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis semalam, seramai 17 pesuruhjaya kehakiman mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai hakim Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim.

Mereka ialah Latifah Mohd Tahar, 60, Amarjeet Singh, 53, Duncan Sikodol, 62, K. Muniandy, 60, Shahnaz Sulaiman, 53, Evrol Mariette Peters, 54, Christopher Chin Soo Yin, 64, Ong Chee Kwan, 58, Mohd Radzi Abdul Hamid, 59, Aslam Zainuddin, 56, Julie Lack, 61, Wong Siong Tung, 58, Leonard David Shim, 56, Nadzarin Wok Nordin, 59, Quay Chew Soon, 58, Atan Mustaffa Yussof Ahmad, 52, dan Anand Ponnudurai, 55.

Malaysia Now

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: