Najib Ibarat Pekerja 1MDB Yang Perlu Di Sogok – Leissner

NEW YORK, 26 Feb – Pasukan juri perbicaraan di Amerika Syarikat (AS) diberitahu, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikatakan dalang skandal 1MDB menyatakan, Najib Razak dan seorang sheikh dari Arab Saudi antara pegawai yang perlu dibayar untuk mendapat kelulusan mengumpul dan membelanjakan berbilion dolar dana 1MDB.

Bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner yang merupakan saksi utama pendakwaan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, menerangkan sistem pembayaran itu kepada juri di Mahkamah Daerah Brooklyn, New York, pada Rabu, lapor Bloomberg.

Leissner mendedahkan satu pertemuan di rumah Low di Mayfair, London, di mana ahli perniagaan buruan itu menamakan individu yang menurutnya perlu disogok.


Dalam senarai itu ialah pegawai dari Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, Timbalan Perdana Menteri, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Leissner memberitahu juri, Low menyatakan sheikh itu enggan berganjak daripada amaun USD100 juta.

Sheikh Mansour tidak didakwa melakukan sebarang salah laku oleh AS.

Pejabat media kerajaan dan Kementerian Luar UAE tidak menjawab permintaan Bloomberg untuk mengulas isu berkenaan.


Leissner memberi keterangan terhadap Ng, yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pengubahan wang, konspirasi dan rasuah.

Leissner mengaku bersalah pada 2018 dan kerjasamanya dalam perbicaraan mungkin boleh meringankan hukumannya.

Pertemuan yang didedahkan Leissner itu berlaku pada 2012, tidak lama sebelum Goldman mula berusaha mengumpul USD1.75 bilion untuk 1MDB.

Leissner dalam keterangannya berkata, 1MDB memerlukan penjamin luar untuk hutang itu, dan Low boleh mendapatkan jaminan itu daripada dana kekayaan Abu Dhabi dan anak syarikatnya.

Leissner memberitahu mahkamah, dalam pertemuan itu, Low mengeluarkan sekeping kertas dan “mula melukis petak”. Di satu bahagian kertas itu adalah beberapa petak untuk pegawai Malaysia yang perlu disogok dan satu lagi bahagian ialah petak bagi pegawai Abu Dhabi.

Menurut Leissner, Low memaklumkan di peringkat atas, bayaran kepada pihak Malaysia dan Abu Dhabi dalam perusahaan jenayah itu “mesti sama dan dianggap sama”.

“Dalam fikiran saya, itu bermakna kedua-dua pihak perlu mendapat USD100 juta. Saya tidak boleh kata saya terkejut,” katanya dipetik Bloomberg.


Sambil menambah, berdasarkan pengalamannya dalam pasaran baharu muncul selama bertahun-tahun, rasuah dan sogokan kadangkala dikaitkan dengan projek membabitkan pegawai kerajaan.

Leissner dalam keterangannya berkata, di akhir pembentangan, Low memberitahu beliau dan Ng akan “dijaga”.

“Saya tentunya gembira kerana saya akan dapat wang tambahan. Saya mahu cari lebih banyak wang, walaupun saya dibayar gaji tinggi di Goldman Sachs,” katanya kepada juri.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: