
Betul kah cerita ini negara Indonesia dan Switzerland enggan menerima Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz sebagai duta Malaysia.
Sudah tentu ada benarnya ini sebab Tajuddin sendiri sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah dan mereka adalah pemimpin UMNO sekaligus menjadi pendukung kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang kantoi maling iaitu Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Justeru itu tidak mungkin pula Indonesia sanggup kehilangan pelabur luar hanya kerna UMNO yang tidak ada kaitannya dengan mereka.
Rakyat Korea Selatan adalah rakyat yang paling keras menentang pemimpin yang kantoi memakan wang rakyat. Lihat apa berlaku pada Perdana Menteri mereka, dijatuhkan hukuman penjara beberapa tahun selepas di sabitkan bersalah oleh Mahkamah.
Lee Myung Bak bekas Perdana Menteri Korea Selatan di penjara 15 tahun kerana kantoi menjalankan rasuah.
Justeru itulah kenapa Hyundai syarikat dari Korea Selatan yang sekian lama melabur tidak semena mena meninggalkan Malaysia dan berpindah ke Indonesia.
Apa lagi Indonesia sedang sibuk menangani aktiviti penyelewengan dikalangan Menterinya jadi menerima orang seperti Tajuddin hanya membangkitkan kemarahan rakyat pada kepimpinan Jokowi.
Dalam skandal 1MDB, Switzerland menjadi tempat penyembunyian wang rakyat yang di curi oleh Jho Low dan Najib Razak dan sehingga hari masih ada RM3 bilion yang dibekukan disana. Walaupun bekas menteri kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah cuba mengambilnya tapi dihalang oleh Najib Razak.
Nampaknya UMNO hanya di terima oleh Melayu UMNO sedangkan masyarakat antarabangsa memandang jijik kepimpinan UMNO. Apa sudah jadi ni kawan?
Indonesia pun tidak sanggup menerima pemimpin UMNO sebagai duta. Negara kelahiran Presiden UMNO Zahid Hamidi pula tu.
Tinggalkan Jawapan