Ketua MIC Sabah Kantoi Guna Ic Projek Akan Disiasat

Skandal Ketua MIC Sabah, Peer Mohamad Kadir muncul kembali akibat kantoi menggunakan MyKad atau Ic Projek untuk berpolitik di Sabah.

Peer mendapat dokumen pengenalan diri secara tidak sah selepas beberapa tahun berhijrah dari India ke Sabah. Dipercayai dia  warganegara India yang berasal dari Karasilpatti, Tamil Nadu. Datang ke Sabah pada sekitar tahun 80an, menggunakan pas lawatan. Namun tidak pulang lagi ke negara asal setelah berjaya memegang Ic projek.

Kalau dari selatan Filipina tahanlah juga, boleh lagi diterima akal, ini punyalah beda dari India tidak masuk akal langsung.

Untuk makluman MIC adalah komponen UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Untuk itu Peer Mohamad Kadir telah dilantik menganggotai lembaga Pengarah Sawit Kinabalu. Lantikan dibuat atas kapasiti UMNO sebagai rakan dalam gabungan GRS di SABAH.

Kalau sudah tahu  IC yang dipegang tidak sah atau di dapat secara rasuah. Nah jangan lah bha berpolitik, kamu orang cari makan sajalah.

Sudah tentu orang seperti ini sekiranya diberikan kedudukan atau kuasa, mereka akan mengambil kesempatan walaupun bertentangan dengan undang-undang. Hingga hak hak Bumiputera di nafikan dan menjadi milik mereka.

Untuk itu Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berjanji akan menyiasat perkara ini. Begitu juga Presiden PBS Maximus Ongkili turut mendesak pihak berkuasa agar menjalankan siasatan ke atas Ketua MIC Sabah, Peer Mohamad Kadir.

Inilah UMNO ni kalau bab mencari populariti dan menambah pengaruh, mereka tidak akan kisah soal hak dan kedaulatan satu satu konstitusi dan Sabah sebagai sebuah wilayah yang merdeka.

Mulai dari undang-undang yang menjaga ke stabilan hinggalah ke kekayaan sumber alam  Sabah. Semuanya dinodai dan cuba dikuasai dengan apa cara sekalipun.

Jujurnya lah hanya mereka yang tidak ada jati diri yang beria-ia mempertahankan UMNO di Sabah disebabkan ada kepentingan peribadi tertentu. Sedangkan jika seseorang itu berfikiran waras pasti mereka menolak UMNO kerana sudah ramai di kalangan pemimpinnya yang kantoi menyalahgunakan kuasa hingga di heret ke Mahkamah untuk diadili. Ini kerana jika parti sudah buruk di kepala seperti seekor ikan maka pasti ikan itu akan membusuk di semua bahagian, menjadi bangkai yang haram untuk di makan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading