
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dan bekas Senator mengumumkan keluar daripada DAP .
Mereka ialah Adun Sri Tanjung Justin Wong, ADUN Elapura Calvin Chong dan Andrian Lasimbang bekas senator.
Alasan mereka meninggalkan DAP agak sagnifikan.
Selama ini mereka berjuang melalui parti DAP tetapi apa yang mereka perjuangkan tidak kesampaian. Contohnya dari konteks autonomi dan kelengkapan prasarana di negeri ini.
Ini kerana sikap kepimpinan dan jadi jawatankuasa negeri yang diketuai oleh pengerusinya Frankie Poon selain perpecahan dalaman menyebabkan mereka hilang kepercayaan.
Menjadi pertanyaan adakah selepas ini mereka mesra GRS aka pro Bersatu jawapannya mereka hanya menjadi Adun Bebas. Nah samalah bha tu.
Yang pasti mereka mereka itu sememangnya anti UMNO. Hahaha!

Pada November 2021 bekas pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong mengumumkan keluar parti selepas tiga lagi ahli parlimen secara mengejut tewas dalam pemilihan DAP negeri Sabah.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Fong Hin, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang; ADUN Elopura Calvin Chong, dan bekas Senator Adrian Lasimbang tewas dalam pemilihan DAP.
Hari ini Jimmy Wong bergerak melalui satu NGO .
Ini bererti DAP Sabah kini hanya mempunyai empat ADUN iaitu Poon (Tanjong Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kapayan) dan Tan Lee Fatt (Likas).
Misi dan visi UMNO di Semenanjung ialah menghapuskan Bersatu. Justeru itu berlaku pengkhianatan menukar Menteri Besar Perak melalui kerjasama UMNO dan DAP dan terbaru ura ura mengadakan PRN Johor. Tapi bukan Sabah, hari ini majoriti Sabahan anti UMNO.
UMNO pada mereka terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpinnya yang kantoi maling dan tidak reti diuntung.
Tinggalkan Jawapan