UMNO Di kompaun RM10K Dulu Main Propaganda Bohong PN Kerajaan Gagal. Kisas!

Dulunya laskar UMNO atau parti UMNO mainkan propaganda kerajaan Perikatan Nasional sebuah kerajaan gagal. Kononnya!

Untuk itu mereka mengangkat isu yang ada kaitannya dengan pelanggaran SOP yang dilakukan oleh masyarakat biasa dan seorang dua pemimpin kerajaan Perikatan Nasional walhal pemimpin itu juga adalah wakil rakyat dari parti UMNO yang ada diantara mereka berstatus Menteri.

Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham  juga tidak terkecuali turut menjadi bahan laskar UMNO yang ketika itu berada di bangunan kerajaan, kebetulan tidak memakai peletup muka kerana baru keluar dari bilik perbincangan. (lebih kurang begitulah)

Kurang itu kain rentang dipasang di mana-mana bertujuan untuk mendoktrin akal masyarakat bahawa benar Perikatan Nasional adalah kerajaan yang gagal.

Orang perseorangan yang di kompaun kerana melanggar SOP dibela membuta tuli oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan menyediakan peguam percuma.

Namun kalau kita membuat penelitian tidak ada pun pelanggaran serius yang dilakukan oleh kerajaan. Seperti contoh pemimpin atau wakil rakyat yang merentas daerah untuk tujuan bekerja. Bagaimana tidak berada diluar kawasan kalau menjalankan tanggungjawabnya pada rakyat? kan dakwaan bodoh namanya.

Begitu juga kompaun yang dikenakan pada orang perseorangan, memang benar mereka telah melanggar SOP atas alasan yang tidak munasabah. Seperti contoh tidak memakai pelitup muka di kawasan awam dan beroperasi melewati jam yang ditetapkan oleh pemerintah.

Sekarang apa cerita Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun RM10,000 terhadap UMNO atau Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya memaklumkan, kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dikeluarkan kepada BN susulan penganjuran majlis sosial di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC), malam tadi.

Notis kepada Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahfri Ab Aziz yang dikongsikan oleh KKM menyebut parti itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 16 (1) PPPAPB (langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) kerana gagal memastikan penjarakan fizikal yang merupakan arahan Ketua Pengarah Kesihatan.

Notis itu juga memaklumkan kompaun RM10,000 akan habis tempoh pada 9 Nov ini.

Insiden berlaku semasa pelancaran Jentera UMNO/BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Tun Hussein Onn, WTC itu turut  dihadiri Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi Datuk Seri Mohamad Hasan.

Yang ini dipanggil apa kisas ke atas pihak yang berbohong melalui propaganda Perikatan Nasional kerajaan gagal?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: