Sabah Akan Pastikan Kejayaan Pelan Pemulihan Ekonomi BIMP-EAGA


KOTA KINABALU: Sabah mengalu alukan Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Ke 14 Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei Indonesia Malaysia-Filipina (BIMP EAGA) untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara negara peserta bagi melonjakkan ekonomi selepas pandemik COVID-19.



Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah akan melakukan bahagiannya untuk memastikan kejayaan rancangan pemulihan antaranya pembangunan Koridor Ekonomi BIMP-EAGA.

Antara perkara yang telah dipersetujui dalam Kenyataan Bersama itu ialah inisiatif Kuarantin Satu Borneo untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.

Sabah telah mengenal pasti tiga titik sempadan iaitu Bantul, Sebatik dan Serudung di bawah fasa kedua inisiatif tu manakala fasa perintis adalah di sempadan Entikong, Indonesia – Tebedu, Sarawak dan Sungai Tujuh, Brunei – Sungai Tujuh, Miri.

Hajiji adalah pemerhati pada Sidang Kemuncak ke 14 BIMP EAGA yang diadakan secara maya pada Khamis yang dipengerusikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berucap pada Sidang Kemuncak itu.

Setiausaha Agung Asean, Dato Lim Jock Hoi dan Presiden Bank Pembangunan Asia Masatsugu Asakawa turut berucap pada Sidang Kemuncak itu.

“Kami bersetuju dan menyokong pandangan Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bahawa BIMP-Eaga akan menjadi platform yang berguna dalam kebangkitan ekonomi. la juga merupakan petanda baik dengan objektif yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021 2025),” kata Hajiji.

Bersama Ketua Menteri ialah Duta Khas Sabah ke BIMP EAGA, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Sulai.

One thought on “Sabah Akan Pastikan Kejayaan Pelan Pemulihan Ekonomi BIMP-EAGA

Add yours

  1. Amboii..panjang umur msg msg..Jokowi Dodo dan si Parubowo (aisehh..broken spelling)..beritahu Abg Hajiji ..Kalimantan Timur ada bahagian anna(krjn🇲🇾)..ini bonus utk Sabah..Sarawak dan Labuan..jadi bijak bicara lah..direct to Jokowi Dodo lagi baik..ini hasil tercelah di pilpres mereka..beautiful moments..ehh..kawan..kata org..rezeki itu tidak ke mana..namun anna ikhlas lakukan tanpa terfikir imbuhan apa apa..jadi elok..reaksi Jokowi Dodo tell something to us..alhamdulilah syukur..kerana bukan Warisan+PH itu Krjn negeri..jikalau tidak..kasihan kita semua..jadi buat lah terbaik utk semua pihak..yg penting rakyat yg dapat hasil ini juga..Federal State🇲🇾 is always care to all country nation..semua rakyat 🇲🇾..dan istemewa khas utk KM Sabah DSP Hajiji. ..jadilah pemimpin yg di kenang jasa bakti nya utk Sabah..utk semua rakyat Sabah..utk maruah nama baik Krjn🇲🇾..peluang tidak sentiasa ada..namun..jikalau itu sudah rezekinya..buatlah berkah berkat doa doa yg baik dari rakyat utk Krjn..kasihanlah rakyat rakyat yg terdahulu sebelum kita setuju bersama 🇲🇾..jgn di ulang perbuatan org org yg sudah..anna dah tahu tengik bengik msg msg..jadi org baik..sgt penuh kebaikan..jadi si jahat..kaya berduit harta pun..jikalau bukan hak kamu..tetap lebih miskin dari setiap rakyat jelata yg tetap dlm kemiskinan..Pimimpin jiwa rakyat..kurun abad puluh tahun..satu..belum tentu ada..well..nekadlah..🐝Krjn yg baik..tidak akan ada kerugian pada mana mana pihak pun😊

    AnnaAriff1972😊

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: