Pemuda UMNO Diingatkan Padah Berlagak Sombong

Pada admin sikap sombong dikalangan pemimpin dan jentera UMNO sudah menjadi sebahagian dari adat mereka, sama ada mereka sedar atau tidak, dan walaupun mereka telah melalui kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu.

Orang tua tua kata kalau sudah begitu mata pisaunya maka begitulah kejadiannya. Jadi biarkan saja mereka berlawan dengan sesiapa.

Yang menjadi tanda tanya. Kenapa perasan sombong yang mengisi hati mereka dan bukannya perasaan malu pada diri sendiri dan orang lain. Bila mana masyarakat biasa yang maling seribu dua ringgit mereka kerjakan separuh mati, tapi kalau pemimpin UMNO yang maling bilion-bilion wang rakyat malah dibela dan dipertahankan.

Admin tidak boleh hipokrit dalam mengkritik satu satu kenyataan. Mana mungkin pula seorang pemimpin atau wakil rakyat, miskin berbanding pengikut atau masyarakat dibawa mereka. Nanti timbul masalah atau kesulitan, siapa yang akan tampil menghulurkan bantuan? Sebab itulah mereka mengangkat seorang wakil rakyat, betul tak. Tinggal lagi cara yang dilakukan oleh kluster Mahkamah adalah salah dan keterlaluan, terlalu tamak hingga lupa diri. Lepas itu bermulut longkang semua orang salah kecuali mereka.

Rosak sangatkah adab dan pemikiran pemimpin dan penyokong UMNO yang majoritinya orang Melayu itu ya? Sebab itu kah kenapa ramai masyarakat Melayu Semenanjung yang terlibat dengan aktiviti rasuah berbanding masyarakat Sabah dan Sarawak, ini kerana ikan membusuk dari kepala kah?

Baca juga keterangan dibawah seorang Ulama PAS mengingatkan pemimpin muda UMNO agar jangan bersikap sombong nanti buruk padahnya.


Seorang ulama kanan PAS hari ini ‘mentarbiah’ Pemuda Umno berhubung isu hubungan di antara kedua-dua parti yang ketika ini dilihat tidak menentu.

Anggota Jawatankuasa Ulama PAS Pusat Mokhtar Senik berkata apabila Tuhan memberi peluang untuk sesuatu pihak menjadi insaf, peluang tersebut perlu direbut segera.

Peluang itu juga kata Mokhtar berupa kesempatan mengenal rakan dan lawan.

Dia juga mengingatkan bahawa kesombongan hanya akan mengundang kehinaan kepada pihak terbabit.

“Ingat, sekali lagi kita sengaja menyombongkan diri atas peluang yang Allah beri maka Allah akan timpakan kehinaan tiada lagi kemuliaan yang tersisa dan berbaki,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Mengiringi kenyataan itu adalah tangkap layar laporan media yang memetik kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Berita itu bertajuk “60 tahun Umno bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf” yang melaporkan pandangan pemimpin kanan Umno menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Melaka pada bulan depan.

Laporan Agendadaily itu menyatakan Umno dan BN tidak berdepan masalah untuk memenangi PRN Melaka walaupun perlu bergerak tanpa kerjasama parti lain.

“Kita (Umno) telah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun sebagai BN.

“Atas asas itu, saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat (untuk melakukannya),” katanya.

PAS kini bertegas mahu mempertahankan kerjasama mereka dengan Umno dalam Muafakat Nasional dan pada masa sama kekal dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama Umno pula bertegas enggan bekerjasama dengan Bersatu yang dipimpin oleh bekas timbalan presiden mereka.

Umno juga pernah memberi gambaran bahawa parti itu terkilan dengan tindakan PAS membuat keputusan sendiri untuk menyertai PN walaupun ketika itu mereka sudah memeterai piagam bersama.

One thought on “Pemuda UMNO Diingatkan Padah Berlagak Sombong

Add yours

  1. Sayangku sahabat.. Benarlah kata Ulama Pas Mokhtar Senik itu..kiranya sikap Pas..tetap seperti Umno rosak bertoksik..maka terlihat pula petunjuk allah swt..tiadakah mereka semua itu ketahui..’terbalik bongkang (kabut jampi serapah sulit utk di leraikan)..🇲🇾 dlm negara ini..kita telah pun di tunjukkan kira nya kamu Melayu agama islam itu agamamu..maka ketahui juga 🇲🇾 ini adalah sebuah negara islam..tapi tidak pula dinamakan khusus ttg amal bawa cara..’sunni lah..Fundamental lah..ini sgt menyusahkan bagi si pencari jawapan..kan senang sebut ‘ahlussunnah waljamaah @ ASWAJA dan tidak pula di ajar rukun cara displin ilmu ini..Lagak ada Ulama..Ulama Mufti pun lokek beri jawapan..hal ini harus di ubah..jgn lagi sembunyikan perihal pekara penting ini utk umat manusia umat Melayu Islam lagi..asyik asyik dgn lagak ALaa Arab..pulang belajar dari Arab pun lingkup..kdgkala kesian jugak pada ahli ahli parti Pas ini..politik bikin gawat kan..tak apa lah..skrg ada Ubat utk penyakit manusia ini..Lihat PPBM🌺 lihat benderanya..mcm mcm hina caci keji dan di taraf pula dgn Gay&LGBT..butuh lah..parti politik paling pelik ganjil..muda..hanya di sindir..tiada Tun M..maka mati lah PPBM🌺..alhamdulilah syukur..genarasi PPBM sgt ajaib..yg keluar ikut bontot Tun M..pun masih tokse lawan PPBM🌺..takat kira perangai ALaaa tak senonoh asyik keji sindir PPBM aja..itulah nanti terlingkup dulu..saddiq itu ZongDong totok idolanya Anwar Ibrahim..pun bukan minat PPBM boleh semborono cari geng..akibat sumpah berwala kot..yg Umno telah buat..jadi tuli lah semua..sengal Asap..ngok sungguh..ahli ahli Pas lagi cerdik akal..mmg rebranding to smart look handsome..mmg melecet..tak kuat semangat..kesian jugak org org Parti Pas ini..kerana mereka juga manusia seperti kita juga..jadi Ehsan manusia..motivated..AL Kuliah..paling penting..sosok yg nama TGHH..semua demand..mau Syurga..undi Pas..masuk Syurga..akibat human is human..2 pilihan..syurga tertinggi terindah sgt mahal weehh..lagi pun org gila pun mahu syurga..jadi mau lihat ‘wahabi salafi versi 🇲🇾..terang jelas..Allah swt itu tunjuk..awat lagi buta..ASWAJA tulin asli tidak akan jadi Wahabi Salafi Syiah hatta idam mau jadi pengikut Dajjal..maka mudah cara..akal sihat selamat dunia..selamatlah akhiratnya..Aamiin..mau keras tetap Wahabi Salafi Syiah…Dajjal lah habuan anda..usah mimpi Iman Al Mahadi..jadi jelas..jadi tanggungjawab Krjn🇲🇾 menjaga tiap nyawa rakyat🇲🇾…bukan islam saja..tertulis Undang Undang Negara🇲🇾..faham itu saja..lain versi..come and let’s talk about this dirt..well..Krjn🇲🇾 Majikan Pemerintah yg utamakan ‘rakyat rakyat warganegara🇲🇾 serta sesiapa saja..dgn izin masuk kerja dlm 🇲🇾..patuhi syarat undang undang…selamat bersama🇲🇾 erti maksud Krjn🇲🇾…Melayu lebih Melayu dgn tradisionalnya..itu sikit aja..yg lebih itu..Allah swt yg mampu selamatkan mereka..itupun jikalau Allah swt mahu..kira idok..tanggung akibat..sendiri mau ingat🙂..

    AnnaAriff1972😉

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: