Mula sudah UMNO merasa bahang penolakan rakyat.
Kata Ahmad Mazlan semua sudah disiapkan kecuali dua hal, salah satunya bekerjasama dengan mana mana parti politik dalam usaha memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka.
Sedangkan kenyataan Presiden UMNO sebelum ini, wah bukan main sombong lagi. Tidak akan bekerjasama dengan Bersatu di mana mana Pilihan Raya. Berulang ulang dia ingatkan.
Mana-mana parti politik bermaksud dengan Perikatan Nasional lah siapa lagi, takkan pula bersekongkol dengan Pakatan Harapan, ingin ditumbangkan oleh ahli UMNO sendiri? Hahaha!
UMNO jangan kufur nikmat dan takut dengan bayang bayang sendiri hingga beranggapan Bersatu adalah musuh utama dan bukannya Pakatan Harapan. Sudah lupa siapa yang menumbangkan UMNO Melaka pada Pilihan Raya Umum 2018?
Pada Pilihan Raya Umum 2018 , UMNO Melaka hanya mendapat 13 dari 28 kerusi DUN, itu pun rata rata majoritinya lebih sikit 1000 undi, ada yang dibawa 700 undi. Ertinya pengundi Melaka bukan soal parti tapi lebih kepada calon dan protes pengundi ke atas pemimpin yang bermasalah seperti Perdana Menteri Najib Razak dan Zahid pada ketika itu. Hari ini Najib dan Zahid sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah dan masih aktif kan, lepas itu semacam cuba mencampuri sistem kehakiman kan? Hahaha!
Jangan lupa walaupun Pakatan Harapan berjaya menawan Melaka tapi penyokongnya belum puas menjadi kerajaan atau memerintah. Bukan itu membuat mereka semakin marah pada UMNO. Tunggulah pembalasan mereka.
Itu baru cabaran daripada Pakatan Harapan belum lagi tentangan dari Perikatan Nasional yang sedang membuak buak.
UMNO punya style bila merasa penolakan rakyat ke atas sikap mereka maka akan tu bersikap seperti ini. Pura pura budiman dan menunjukkan semangat sangat setiakawan atau sedar diri.
Boleh bayangkan jika UMNO tumbang sekali lagi dalam pilihan raya negeri ini? malapetaka pada pemimpin pemimpin UMNO yang bermasalah, kawan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti kini hanya menunggu keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) untuk dimuktamadkan dan untuk itu, satu mesyuarat MKT akan diadakan Khamis ini.
“(Soal) jentera ini dah muktamad, cuma (soal) calon belum muktamad, dengan siapa kita nak berunding (bekerjasama) belum muktamad. Dua perkara ini sahaja belum muktamad, yang lain dah muktamad,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak di Sungai Udang di sini pada Ahad.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal 16 November.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Tinggalkan Jawapan