‘Tiada Kerjasama Dengan Bersatu? Itu Pendirian Zahid, Bukan Akar Umbi’

Betullah juga pendapat Azmin Ali ni kenyataan Zahid Hamidi yang tidak bekerjasama dengan Bersatu di pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri Melaka. Hanyalah kehendak peribadi Zahid Hamidi bukannya kehendak jentera akar umbi atau majoriti ahli UMNO.

Memang ada benarnya pun!

Bukan kah ramai dikalangan ahli UMNO sendiri yang mendesak agar pemilihan UMNO segera diadakan?

Tujuan mereka tidak lain untuk membuang Zahid Hamidi dari kerusi Presiden. Ini kerana mereka sedar selagi kluster mahkamah berada di tampuk parti maka sukar bagi UMNO untuk bangkit.

Kalau sekadar menang di beberapa negeri itu adatlah. Tetapi kalau kemenangan simple majority hingga mudah membentuk kerajaan, hal ini mustahil untuk berlaku, selagi kluster mahkamah menguasai UMNO.

Ramai sudah akar umbi UMNO yang hilang kepercayaan ke Zahid Hamidi. Khususnya selepas pemilihan UMNO 2020 baru-baru ini. Zahid semasa menggulung perbahasan, apa dia kata No Anwar, No DAP. Tahu-tahu viral rakaman perbualan di antara Anwar Ibrahim dan Zahid yang memperalat kesetiaan ahli UMNO.

Ahli UMNO juga tahu Zahid yang terdesak. Kalau boleh biar Malaysia diperintah balik oleh parti tunggal UMNO, supaya segala tuduhan yang dihadapi pemimpin UMNO berkaitan rasuah dibuang dan mereka terselamat dari hukuman penjara.


MASJID TANAH- Pengarah Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu membuat keputusan sama ada mahu bekerjasama dengan gabungan itu atau sebaliknya.

Ujar Azmin, meskipun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun akar umbi UMNO jelasnya mahukan sebaliknya.

“Itu Presiden UMNO, pandangan beliau. Saya juga dapat maklumat daripada pemimpin dan akar umbi UMNO mereka mahu diwujudkan kerjasama dengan PN.

“Ini masalah dalaman UMNO yang tidak perlu kami campur. UMNO perlu buat keputusan muktamad, mahu atau tidak bekerjasama dan biarlah rakyat jadi hakim menentukan parti mana menolak perpaduan dan parti mahu mana mewujudkan kerjasama demi kestabilan negeri dan negara,” jelasnya.

Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, PN tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan UMNO dan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Justeru UMNO ujarnya, perlu membuat keputusan segera dan tidak terlalu lewat menjelang hari penamaan calon pada 8 November depan.

“Kita tidak pernah tutup pintu perbincangan tetapi masa itu penting untuk kita buat keputusan awal bagi jentera lebih efektif di peringkat akar umbi.

“Pas dan Gerakan dan Bersatu, kita dah sampai ke tahap untuk menghadapi hari penamaan calon namun UMNO masih lagi belum membuat keputusan yang muktamad, maka kita berharap keputusan dapat dibuat lebih awal dan tidak di saat akhir.

“Kerana Bersatu, Pas, Gerakan dalam PN, perpaduan itu amat penting hadapi cabaran semasa,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan jentera PN Parlimen Masjid Tanah di Dewan Dato Abu Seman pada Ahad. –Awani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: