Rentas Negeri Negeri Di Benarkan Tapi Ke Sabah Tunggu Rabu Ini

Benar rentas untuk negeri negeri di Semenanjung khususnya telah dibenarkan oleh Putrajaya. Jadi pada sesiapa yang terlalu rindukan orang tersayang yang mungkin berada di tempat jauh, mulai esok boleh sudah bergerak. Jangan kelam kabut, masih utamakan kesihatan dan keselamatan.

Tapi bagi memasuki Sabah, kerajaan negeri belum membenarkannya. Datuk Masidi Manjun selaku Menteri yang bertanggungjawab berkata kebenaran itu akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet Negeri yang akan diadakan para rabu depan.

Ini kerana Sabah masih menguatkuasakan kawalan pergerakan perjalanan mengikut zon.

Jadi pada perentas daerah di negeri ini bawa bersabar, kita utamakan keselamatan diri dan keluarga berbanding kerinduan yang boleh diubat bila bila masa.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading