Mesyuarat NGO Ada Gelaran Ayahanda Di Tahan Polis

Suka betul berpersatuan yang ada gelaran Ayahanda, mereka tidak tahu NGO seperti ini terdedah dengan pelbagai masalah yang ada kaitannya dengan undang undang. Bergiat di kampung atau daerah tapi kalau “tuan tanah” tidak benarkan itu Polis boleh tahan atau tangkap tu.


KUALA TERENGGANU – Enam wanita antara 52 individu yang ditahan ketika menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 52 tahun.© Provided by Sinar HarianDownload

“Pemeriksaan awal dan soal siasat ke atas individu yang ditahan, mereka mengaku menghadiri mesyuarat melibatkan satu pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS.

“Polis kemudian merampas barang-barang berkaitan dengan kumpulan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati enam daripada individu yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, tiga daripada individu yang ditahan merupakan ketua pertubuhan yang menggelarkan diri sebagai ‘Ayahanda’ dan kesemua mereka yang berusia 30 hingga 35 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan narkotik.

“Modus operandi pertubuhan ialah ialah dipercayai menjalankan kerja-kerja menarik kereta yang mempunyai bayaran tertunggak di bank atau ‘reposessor’. Seramai 36 individu yang ditahan telah direman selama empat hari bermula Sabtu,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

“Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dipenjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali,” jelas beliau.

Sinar Harian

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: