Adun Pitas Nafi Sokong Warisan

Adun Pitas Ruddy menafikan akan menyertai Warisan.

Inilah kerja besi buruk Warisan tidak sudah sudah menyebarkan berita bohong. Hari hari berbohong tapi tetap menjadi pembangkang, tidak malu dan tidak penat kah? Hahaha!

Ruddy adalah salah seorang dari tiga Calon Bebas yang berjaya menumbangkan calon dari BN/UMNO dan Warisan pada Pilihan Raya Negeri 2020.



KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk membentuk kerajaan baharu seperti yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Beliau berkata, mesej yang disebarkan itu adalah perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan fitnah semata-mata.

“Saya menegaskan bahawa saya menyokong penuh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran mesej berkenaan dan menyiasat dahulu kesahihan maklumat yang disebarkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini tular di media sosial mengatakan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan tiga calon bebas yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu akan menyokong Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menubuhkan kerajaan.

Hanya permainan media sosial: Jaujan

Sinar Harian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: