Kerajaan UMNO Hari Ini Perangai Terkutuk – Pembela

Alamak marah betul NGO Pembela ini pada kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Ismail.

Tapi betul juga tentang apa yang didakwa oleh NGO ini.

UMNO semasa awal menjadi pembangkang begitu bersemangat menghentak DAP. Walaupun tidak lama selepas itu cuba menjalin kerjasama dengan DAP dan Anwar dalam Pakatan Harapan sebagai Jajaran Baru, yang bermatlamat untuk menyelamatkan pemimpin pemimpin UMNO yang sedang dibicarakan di Mahkamah.

Rahsia kerjasama UMNO PKR serta DAP banyak dibongkar oleh Menteri Wilayah, Annuar Musa pada ketika itu. Namun dinafikan oleh laskar UMNO. Macam saja Annuar Musa itu tolol macam mereka. Hahaha!

Hari ini dengan takdirNya, NGO Pembela mendedahkan hal yang dilakukan oleh kerajaan hari ini ke atas DAP. Bagi Pembela menyediakan peruntukan RM15 juta pada Dong Zong adalah perbuatan yang terkutuk.

Tidak terkutuk mana pun, tak kan lah MoU yang ditandatangani bersama UMNO hanya bertujuan untuk menyokong Perdana Menteri tanpa menguntungkan DAP. Logik lah sikit pun. He!


Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyifatkan kerajaan yang ada sekarang sebagai memiliki perangai “terkutuk” apabila menyalurkan peruntukan berbelas juta ringgit kepada sekolah persendirian Cina.

Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya berkata suatu masa dulu ada pemimpin dalam kerajaan sekarang melaung-laungkan ikrar mahu mengharamkan pertubuhan pendesak Cina, Dong Zong.

“Alih-alih apabila sudah jadi kerajaan, salurkan peruntukan RM15 begitu saja.

“Memang mengarut kerajaan hari ini. Terkutuk betul perangai,” katanya di Twitter.ADS

Aminuddin turut melampirkan ciapan itu dengan laporan kenyataan dibuatnya berkenaan isu tersebut.

Semalam Malaysiakini melaporkan kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: