Shafie Cadang Hak Bumiputera 51% Dalam Syarikat Fret Dihapuskan

Betullah Presiden Warisan ni jenis orang yang sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengorbankan hak orang lain.

Dulu, walaupun hanya sempat memerintah Sabah lebih kurang dua tahun setengah, tapi macam macam hal yang cuba dilakukan oleh Menteri dan orang orangnya yang akan mengorbankan hak hak Bumiputera.

Nasib baiklah pembangkang waktu itu bertegas hingga memaksa cadangan bodoh itu dibatalkan.

Waktu itu sempat admin berimaginasi, kalau saja ia menjadi kenyataan maka percayalah tidak mustahil kuburan pemimpin pemimpin Warisan akan di kencingkan oleh generasi akan datang.

Hari ini Shafie sebagai pembangkang sekali lagi mengemukakan cadangan yang cuba menafikan hak dan keistimewaan Bumiputera.

Dimana Presiden Warisan yang juga ahli Parlimen Semporna Shafie, mahu kerajaan membatalkan 51% pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat fret tempatan kerana kononnya dasar itu hanya merugikan pemain industri tempatan (bukan bumiputera).

Memang dasar 51% ini tidak terpakai kepada syarikat antarabangsa atau asing kerana ia melanggar perjanjian perdagangan Bebas FTA.

Tapi ingat negara Malaysia adalah milik Bumiputera yang sudah tentu ada hak dan keistimewaan yang wajib dilindungi sampai bila bila, walaupun hari ini sudah banyak hak hak Bumiputera yang dirompak angkara kejahilan segelintir kakitangan awam dan swasta.

Menurut Shafie lagi, data yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% pada 2011 kepada 45.3% pada 2015. Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh sama, manakala pemilikan ekuiti Bumiputera turut jatuh dari 23.4% kepada 16.2%.

Habis itu kenapa lagi ekuiti Bumiputera dalam sektor ini cuba dihapuskan, kalau sudah faktanya menunjukkan penurunan?

Peliklah Warisan ni sedangkan dalam masa yang sama terhegeh hegeh bercakap pasal perjanjian 1963 yang menjurus kepada hak hak Sabahan atau pun Bumiputera.

Jadi kita tanya Shafie, apa ruginya jika pegangan 51% untuk Bumiputera dikekalkan, tidak kiralah apa ahli itu memang berkecimpung dalam perusahaan fret atau namanya saja dipakai sebagai syarat. Apa ruginya?

DAP Lim Guan Eng adalah pembangkang yang bertanggungjawab menimbulkan isu ini yakni tidak bersetuju dengan pegangan 51% oleh Bumiputera.

Tak kan Shafie tidak belajar dari dirinya, bagaimana dia telah membantu kerabat dan kroninya dengan cara ali baba. Tinggal lagi cara yang digunakan ketika itu agak keterlaluan hingga menjejaskan kualiti kerja.

Tapi kalau kualiti kerja tetap di jaga ia tidak menjadi masalah walaupun Bumiputera memegang sehingga 51% ekuiti.

Warisan ni terlalu hipokrit atau munafiklah!

Klik juga dua link dibawah, anggap saja ini adalah perancangan dan kesinambungan dari isu di atas.

One thought on “Shafie Cadang Hak Bumiputera 51% Dalam Syarikat Fret Dihapuskan

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: