Video ini mendedahkan bagaimana tauke tauke besar daripada tanah Besar China menjajah satu satu negara melalui ekonomi. Penjajahan dalam bentuk ekonomi ini berlaku di keatas negara maju lain seperti Amerika.
Di Asia hanya Jepun dan Korea yang gagal dijajah oleh kuasa ekonomi China ini kerana dua negara ini menghadkan penguasaan pelabur asing terutamanya daripada negara China.
Jika perkembangan ini kita kaitkan dengan apa yang telah dilakukan kerajaan Warisan ke atas beberapa daerah di negeri Sabah itu sendiri maka kita akan nampak kenapa DAP sanggup bekerjasama dengan Warisan.
Bayangkan parti DAP yang mempunyai penyokong dan pemimpin yang berkemampuan dari segi ekonomi dan prinsip sanggup menggunakan logo Warisan untuk bertanding di pilihan raya negeri Sabah 2020. Walhal mereka tahu slogan Warisan adalah Sabah for Sabahan yang bermaksud Warisan hanya konon memperjuangkan kaum Bumiputera.
Sebab DAP tahu Warisan sanggup melakukan apa saja asalkan jawatan Ketua Menteri Sabah menjadi milik mereka. Sanggup bermaksud sanggup menggadaikan prinsip dan hak bumiputera termasuklah khazanah yang ada.
Justeru itulah Warisan wajib dikuburkan kerana kepimpinan parti ini sanggup membuat apa saja demi kuasa.
Ironisnya tengok apa berlaku di beberapa kawasan yang menjadi kubu kuat Warisan dalam hanya tempoh dua tahun telah bertukar menjadi China Town. Orang tempatan Warisan hanya mampu memuji bangunan dan restoran restoran yang bukan milik mereka, tanpa sikit pun merasakan diri mereka telah diperbodoh. Alahai!