KM Hajiji Gembira Akan RMK12 – Ini Faktanya

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor menzahirkan rasa gembiranya pada RMK12 yang baru saja diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Ismail Sabri.

Dimana RMK kali ini benar benar fokus pada kemajuan negeri Sabah. Pelbagai inisiatif dan bantuan yang telah diumumkan atau dirancang untuk Sabah.

Namun begitu kepimpinan kerajaan negeri amat berharap kiranya kerajaan Pusat dapat menyediakan garis masa yang boleh dijadikan panduan dalam usaha negeri Sabah menuntut elemen yang belum ditunaikan berdasarkan perjanjian 1963.

Antaranya perkara yang telah diumumkan atau di rancang menerusi Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12) untuk Sabah :-

  • Perdana Datuk Ismail mengumumkan akan mengagihkan peruntukan 50% dari jumlah peruntukan pembangunan asas di bawah RMK 12.
  • Begitu juga dengan faktor keselamatan di negeri Sabah akan dipertingkatkan dimana kem tentera akan didirikan di Kota Belud dan FELDA Sahabat serta Kem Batalion Pasukan Gerakan Am di Beluran.
  • Turut diperhatikan dalam RMK12 ialah peningkatan grid kuasa Sabah-Barat Sabah dan pembinaan loji janakuasa baru untuk meningkatkan bekalan elektrik.
  • Pos Kastam imigrasi, karantina dan keamanan (CIQS) baru di perbatasan Malaysia Indonesia akan dilaksanakan dalam RMK ini. Dimana CIQS akan di bangun di Manalunan, Simanggaris dan Kalabakan.
  • Juga termasuk jaringan Digital Nasional dimana Sabah akan mendapat peruntukan sebanyak RM3.1 bilion bagi menaik taraf dan membina menara telekomunikasi Internet 4G dan 5G.
  • Klinik Kesihatan baru akan didirikan di Penampang dan Beaufort yang menjadi pusat darah di Sabah.

Dalam pada itu Sabah bersetuju dengan cadangan penubuhan unit khas di setiap pejabat daerah di negeri ini bagi menangani masalah kemiskinan.

Ketua Menteri Datuk Hajiji berharap agar semua perkara di atas akan lunas sebelum RMK12 berakhir, yang mana akan dapat memastikan Sabah terus berada dalam pembangunan arus perdana negara.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: