Bukan Rumah PM Yang Jadi Ukuran Tapi Rumah Marhaen

Hari ini media sosial dikecohkan dengan penemuan yang tidaklah mengejutkan mana, tapi akan memberi kesan pada parti parti yang menjadi komponen dalam kerajaan yang dipanggil keluarga Malaysia.

Penemuan itu ialah Perdana Menteri Ismail sanggup membelanjakan sehingga RM30 juta hanya untuk membaiki kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, namun ditentang oleh pemimpin veteran
Rafidah Aziz dan sudah tentulah pembangkang.

Hakikatnya orang luar menilai pada apa yang dinikmati oleh rakyat bukan apa yang dinikmati oleh Perdana Menteri. Dalam erti kata lain orang luar menilai rumah rakyat marhaen bukannya rumah rasmi Perdana Menteri.

Seperti juga zaman kerajaan Warisan, perkampungan yang terletak di kubu Presiden Warisan sehingga hari ini tidak terbela. Tapi Presiden Warisan sibuk masuk hutan keluar hutan, untuk tidak ada lain bagi mencari populariti. Apa barang! nasib baiklah ramai penyokongnya yang tidak ada harga diri.

Justeru menjadi satu kewajipan pula pada penyokong Perikatan Nasional (PN) untuk mendedahkan perkembangan ini, supaya dengan demikian masyarakat nampak yang tidak semua pihak menyokong pembaziran ini. Nah kalau tidak kami kami ini pun akan mendapat persepsi jelik rakyat.


RM30 juta yang dihabiskan untuk pengubahsuaian kediaman rasmi perdana menteri, Sri Perdana di Putrajaya, tidak disambut baik Rafidah Aziz.

Tanpa berlapik, bekas menteri itu menyifatkannya sebagai “pembaziran dana awam semata-mata”.

Rafidah juga tidak yakin dengan penjelasan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa pengubahsuaian itu penting untuk menjaga imej negara.

Dia berkata, tugas menjaga imej negara terletak di bahu penghuni Sri Perdana, bukan bangunan itu sendiri.

“Imej negara tidak dicerminkan dengan bangunn, kediaman dan struktur yang melambangkan kedudukan dan kuasa.

“Ia dicerminkan menerusi penghuni bangunan-bangunan ini, oleh nilai, prinsip, integriti, kejujuran, tahap kebertanggungjawaban, dan sikap mengutamakan kepentingan negara yang dipegang mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam jawapan parlimen, Ismail Sabri juga berkata pengubahsuaian dibuat untuk memastikan keselamatan bangunan.

Ia antara lain merangkumi kerja mekanikal dan pemasangan wayar elektrik, sistem penghawa dingin dan pengubahsuaian struktur di blok kediaman rasmi.

Sri Perdana

Katanya lagi, perabot lama dan usang juga digantikan untuk menjaga statusnya sebagai kediaman rasmi, yang dibina pada 1999 iaitu ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.

Ismail berkata 60 peratus kerja pengubahsuaian siap pada 31 Ogos lalu.

Dia menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berhubung perbelanjaan besar yang dibuat di saat rakyat bergelut mendepani kesan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia M Saravanan memberitahu seramai 155,893 orang hilang kerja akibat wabak tersebut, manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata sejumlah 15,537 perniagaan terpaksa ditutup dari 2020 hingga Ogos 2021.

‘Baik guna untuk sektor kesihatan’

Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir juga mengkritik belanja yang digunakan untuk pengubahsuaian itu.

Akmal Nasir

“Dalam keadaan negara berdepan dengan krisis pandemik dan krisis ekonomi sehingga memaksa penjawat awam menyumbang imbuhan milik mereka, tidak patut kerajaan membazirkan sehingga RM30 juta untuk menaik taraf kediaman perdana menteri hanya untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara semasa program rasmi.

“Peruntukan tersebut sepatutnya digunakan bagi memperkukuhkan sektor kesihatan mahupun membantu rakyat yang terkesan dari segi ekonomi.

“Selain untuk kegunaan memerangi Covid-19, dana ini juga boleh digunakan bagi membaik pulih rumah mangsa-mangsa banjir yang rosak dan bukannya membaik pulih kediaman perdana menteri yang serba mewah,” katanya dalam kenyataan.

Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: